Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(a)
boleh menyebabkan supaya dibuat suatu penyiasatan tentang hal ehwal syarikat itu dan dengan apa-apa cara yang difikirkannya patut; dan
(b)
hendaklah mengemukakan suatu petisyen kepada
Mahkamah—
(i)
bagi penggulungan syarikat itu; atau
(ii)
dalam hal syarikat asing, bagi penggulungan hal ehwal syarikat itu setakat yang berkenaan dengan asetnya dalam Malaysia,
(Larangan) Kumpulan Wang Kutu 15
di bawah seksyen 205 Akta Syarikat 1965, dan syarikat itu hendaklah, bagi maksud seksyen tersebut, disifatkan sebagai suatu syarikat yang diisytiharkan yang berkenaan dengannya suatu laporan telah dibuat oleh seorang pemeriksa, sebagaimana yang disebut dalam seksyen 205 tersebut, dan petisyen itu hendaklah diuruskan oleh Mahkamah di bawah Akta Syarikat 1965, dengan apa-apa penyesuaian yang perlu sebagai suatu permohonan Menteri di bawah seksyen 205 tersebut berkenaan dengan syarikat yang disebut dalam seksyen 205 sebagai suatu syarikat yang diisytiharkan yang berkenaan dengannya suatu laporan telah dibuat seorang pemeriksa.
(2)
Bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta Syarikat 1965, bagi penggulungan syarikat itu, kaedah-kaedah yang berhubungan dengan penggulungan syarikat hendaklah terpakai dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkan oleh Mahkamah menurut budi bicaranya sebagai adil dan sama ada suai manfaat atau perlu:
Dengan syarat bahawa jika Menteri mengemukakan kepada
Jawatankuasa Kaedah cadangan untuk membuat peruntukan khas di bawah seksyen 372 Akta Syarikat 1965, berhubung dengan syarikat itu, Jawatankuasa itu boleh, melalui kaedah di bawah seksyen itu, menguatkuasakan cadangan itu sama ada sebagaimana yang dikemukakan atau tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa itu.
(3)
Cadangan di bawah proviso kepada subseksyen (2), dan kaedah yang dibuat menurut proviso itu, boleh mengadakan peruntukan untuk mengubah suai atau mengecualikan, berhubung dengan syarikat itu, peruntukan Bahagian X dalam Akta Syarikat 1965, yang menghendaki mesyuarat atau selainnya diadakan yang berhubungan dengan tatacara penggulungan.
(4)
Perbelanjaan bagi penggulungan yang disebabkan oleh petisyen yang dibuat di bawah subseksyen (1) (termasuk saraan bagi likuidator) hendaklah, setakat yang tidak dapat dibayar daripada aset syarikat itu diselesaikan oleh Menteri; dan Menteri boleh membuat pendahuluan bagi membayar perbelanjaan itu, atau memberikan sumbangan terhadap perbelanjaan itu supaya aset syarikat (sebanyak jumlah sumbangan itu) terlepas daripada membayarnya.
(5)
Kumpulan wang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], hendaklah (tanpa menjejaskan subseksyen 10(4) Akta itu) termasuk suatu kumpulan
16
Undang-Undang Malaysia
Akta 28
wang yang dinamakan sebagai Kumpulan Wang Penyelesaian
Hutang Piutang Syarikat Kumpulan Wang Kutu, bagi membayar perbelanjaan Menteri di bawah seksyen ini, dan subseksyen 10(3)
tersebut hendaklah terpakai bagi wang yang diterima oleh Menteri sebagai pembayaran balik pendahuluan yang dibuat olehnya di bawah seksyen ini sebagaimana seksyen itu terpakai bagi wang yang disebut dalam subseksyen 10(3) tersebut.
Tanggungan jenayah