Malaysia legislation
Section 5
of AKTA LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA (PEMERBADANAN) (PINDAAN) 2024
Seksyen 5
Seksyen baharu 7a
seksyen yang berikut:
“Penzahiran kepentingan 7a. (1) Seseorang anggota Lembaga atau jawatankuasa yang mempunyai atau memperoleh suatu kepentingan secara langsung atau tidak langsung dengan sendirinya, melalui anggota
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan)
(Pindaan)
5
keluarganya atau sekutunya berhubung dengan apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga atau jawatankuasa hendaklah menzahirkan kepada Lembaga atau jawatankuasa itu, hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu.
(2)
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—
(a)
tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Lembaga atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan
(b)
tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum
Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.
(3)
Anggota Lembaga atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(4)
Tiada tindakan atau prosiding Lembaga atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota
Lembaga atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.
(5)
Bagi maksud seksyen ini—
“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota Lembaga atau jawatankuasa, termasuklah—
(a)
suami atau isterinya;
(b)
ibu atau bapanya termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya;
(c)
anaknya termasuk anak angkatnya atau anak tirinya;
6
Undang-Undang Malaysia
Akta A1710
(d)
adik-beradiknya termasuk adik-beradik suami atau isterinya; dan
(e)
suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan
“sekutu”, berhubung dengan anggota Lembaga atau jawatankuasa, ertinya—
(a)
orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;
(b)
firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsi;
(c)
pekongsi anggota itu;
(d)
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya ialah seorang benefisiari; atau
(e)
mana-mana perbadanan mengikut pengertian
Akta Syarikat 2016 [Akta 777], yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.”.
Pindaan seksyen 9