Malaysia legislation

Section 6

of AKTA LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA (PEMERBADANAN) (PINDAAN) 2024

Seksyen 6

Seksyen 9 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Dalam menjalankan kewajipannya,

Ketua Pengarah hendaklah bertindak di bawah kuasa am dan arahan Lembaga.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan)

(Pindaan)

(3)

Lembaga boleh melantik secara sementara mana-mana pegawai Lembaga untuk bertindak sebagai

Ketua Pengarah bagi tempoh—

(a)

apabila jawatan Ketua Pengarah itu kosong;

(b)

apabila Ketua Pengarah tidak hadir bertugas atau tiada di Malaysia; atau

(c)

apabila Ketua Pengarah, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipannya.”.

Pindaan seksyen 11

Section 6 — AKTA LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA (PEMERBADANAN) (PINDAAN) 2024