Malaysia legislation
Section 7
of AKTA LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA (PEMERBADANAN) (PINDAAN) 2024
Seksyen 7
Seksyen 11 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan memasukkan selepas perenggan (b)
perenggan yang berikut:
“(ba) untuk menasihati Kerajaan Persekutuan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan lebuh raya;
(bb) untuk membentuk, melaksanakan dan memantau piawaian bagi lebuh raya;
(bc) untuk melaksanakan perancangan, reka bentuk, pembinaan, pengendalian, pengurusan dan penyenggaraan lebuh raya;
(bd) untuk menambah baik sistem pengurusan maklumat yang berhubungan dengan lalu lintas di lebuh raya;
(be) untuk menambah baik infrastruktur dan kemudahan bagi lebuh raya;”;
8
Undang-Undang Malaysia
Akta A1710
(ii)
dengan memasukkan selepas perenggan (c)
perenggan yang berikut:
“(ca) untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain bagi perkhidmatan yang diberikan oleh
Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;”;
(iii)
dalam perenggan (d), dengan memasukkan selepas perkataan “penyelidikan” perkataan “dan kajian mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan lebuh raya”; dan
(iv)
dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut:
“(e) untuk melakukan apa-apa perkara yang bersampingan dengan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.”; dan
(b)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dalam perenggan (c), dengan memotong perkataan “dan” yang terdapat di hujung perenggan itu; dan
(ii)
dengan memasukkan selepas perenggan (c)
perenggan yang berikut:
“(ca) menetapkan sistem dan teknologi yang digunakan bagi pungutan tol;
(cb) menetapkan piawaian bagi—
(i)
reka bentuk, pembinaan, pengurusan, pengendalian dan penyenggaraan lebuh raya;
(ii)
pengurusan kemalangan dan kecemasan di lebuh raya;
(iii)
sistem pengawasan dan kawalan lalu lintas;
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan)
(Pindaan)
(iv)
sistem pungutan tol; dan
(v)
perkhidmatan berkaitan dengan lebuh raya yang lain;
(cc)
mengadakan peruntukan bagi fi atau apa-apa caj lain berhubung dengan perkhidmatan yang diberikan oleh
Lembaga; dan”.
Pindaan seksyen 12