Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA (SYARIKAT PENGGANTI) 1994

Seksyen 2

Tafsiran

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 523

* CATATAN—Akta Lembaga Padi dan Beras Negara 1971 [Akta 47] telah dimansuhkan oleh Akta Kawalan Padi dan Beras 1994

[Akta 522]

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada sebenar, kontingen atau prospektif, kecuali —

(a)

hak Kerajaan untuk mengawal selia berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengan padi dan beras;

(b)

hak eksklusif dan berkekalan untuk mengimport dan mengeksport beras atau apa-apa hak eksklusif dan berkekalan lain yang berkaitan; dan

(c)

hak yang berhubungan dengan tanah;

“harta” ertinya-

(a)

segala harta alih dan segala kepentingan, hak dan liabiliti, sama ada di sisi ekuiti atau undang-undang dalam, pada atau daripada apa-apa harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik; dan

(b)

segala hak dan liabiliti berkenaan kontrak berhubungan dengan pembinaan bangunan, dan “terletakhak”, berhubungan dengan harta, termasuk hak pada harta terhadap masa depan atau kontingen;

“liabiliti” ertinya apa-apa jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi (sama ada pada masa sekarang atau pada masa depan, sebenar atau kontingen, dan sama ada kena dibayar atau yang kena dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain);

“Lembaga” ertinya *Lembaga Padi dan Beras Negara di bawah

Akta Padi dan Beras Negara 1971 [Akta 47];

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi padi dan beras;

Lembaga Padi Dan Beras Negara 7

(Syarikat Pengganti)

“Perbadanan” ertinya Menteri Kewangan yang diperbadankan melalui Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 357];

“syarikat pengganti” ertinya syarikat berhad menurut syer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dan dinamakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1), yang harta, hak dan liabiliti Lembaga Padi dan Beras Negara dipindahkan dan diletak hak padanya di bawah seksyen 3;

“tanah” ertinya tanah sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 5

Kanun Tanah Negara 1965[Akta 56 tahun 1965];

“Tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa;

"tarikh peletakhakan" ertinya tarikh bila segala harta, hak dan liabiliti Lembaga dipindahkan atau diletak hak pada syarikat pengganti sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1).

Section 2 — AKTA LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA (SYARIKAT PENGGANTI) 1994