Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA (SYARIKAT PENGGANTI) 1994

Seksyen 3

(2)

Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen

(1)

pada syarikat pengganti hendaklah terletak hak sedemikian pada syarikat dengan hakmilik atau kepentingan yang serupa sebagaimana ia terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 523

(3)

Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, selepas tarikh letak hak itu, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh syarikat itu atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi syarikat itu atau Lembaga memberikan notis kepada orang yang terikat hak dalam tindakan itu tentang peletakhakan yang dilaksanakan melalui subseksyen (1).

(4)

Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletakhak melalui subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu diadakan bagi syarikat itu atau Lembaga memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1).

(5)

Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Lembaga yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada atau selepas tarikh letak hak itu, diteruskan oleh atau terhadap syarikat pengganti itu.

(6)

Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletakhak pada syarikat pengganti pada tarikh letak hak, syarikat itu boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti sedemikian dengan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak ketiga.

(7)

Pada dan selepas tarikh peletakhakan, apa-apa perjanjian yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti di bawah subseksyen

(1)

yang Lembaga adalah pihak kepadanya sebaik sebelum tarikh letak hak itu, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada daripada sesuatu jenis yang hak dan liabiliti di bawahnya boleh diserahhakkan oleh Lembaga atau tidak, hendaklah berkuat kuasa seolah-olah syarikat itu telah menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu.

Lembaga Padi Dan Beras Negara 9

(Syarikat Pengganti)

(8)

Bagi mengelakkan keraguan, pemindahan atau peletakhakan hak pada syarikat pengganti di bawah subseksyen 3(1) tidak termasuk pemindahan dan peletakhakan hak Kerajaan untuk mengawal selia perkara yang berhubungan dengan padi dan beras, dan tidak memberi apa-apa hak eksklusif dan berkekalan pada syarikat pengganti untuk mengimport dan mengeksport beras, dan ia tidak memberi apa-apa hak eksklusif dan berkekalan yang lain berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengan padi dan beras.

Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti

Section 3 — AKTA LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA (SYARIKAT PENGGANTI) 1994