Malaysia legislation
Section 3
of *AKTA LEMBAGA PEMULIHAN DAN PENYATUAN TANAH NEGARA (PENGGANTIAN DAN PEMBUBARAN) 1997
Seksyen 3
(2)
Menteri hendaklah menamakan syarikat pengganti dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).
(3)
Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen
(1)
pada syarikat pengganti hendaklah terletak hak sedemikian pada syarikat itu dengan hakmilik atau kepentingan yang serupa sebagaimana harta itu telah terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan.
(4)
Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh syarikat pengganti itu atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi syarikat pengganti itu atau bagi Lembaga untuk memberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam
8 Undang-undang Malaysia AKTA 570
tindakan itu tentang peletakhakan yang dilaksanakan melalui subseksyen (1).
(5)
Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap syarikat pengganti itu atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi syarikat pengganti itu atau
Lembaga untuk memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1).
(6)
Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Lembaga yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak atau liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, diteruskan oleh atau terhadap syarikat pengganti.
(7)
Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana pinjaman yang terletak hak pada syarikat pengganti pada tarikh peletakhakan, syarikat pengganti itu boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti sedemikian dengan Kerajaan atau mana-mana pihak ketiga.
(8)
Pada dan selepas tarikh peletakhakan, apa-apa surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang dipindahkan dan terletak hak pada syarikat pengganti di bawah subseksyen (1) yang kepadanya Lembaga menjadi suatu pihak sebaik sebelum tarikh peletakhakan, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian sifatnya sehingga hak dan liabiliti di bawahnya boleh diserahhakkan oleh Lembaga, hendaklah mempunyai kesan seolah-olah syarikat itu telah menjadi suatu pihak kepada surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja itu.
Lembaga Pemulihan dan Penyatuan 9
Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran)
Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti