Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA 1992

Seksyen 13

Peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib

(2)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan bagi—

(a)

penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain;

atau

(b)

penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga sementara menanti keputusan prosiding tatatertib.

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat.

(4)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib,

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 481

memberikan peluang kepada orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil membuat representasi sebelum keputusan diambil oleh Lembaga atas pertuduhan tatatertib terhadap orang itu.

Section 13 — AKTA LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA 1992