Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(2)
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a)
apa-apa jumlah wang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen;
(b)
apa-apa jumlah wang yang dibayar dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada pinjaman yang diberikan oleh
Lembaga;
(c)
wang yang didapati daripada penjalanan apa-apa projek, skim atau pengusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan
Wang;
(d)
wang yang didapati atau yang terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
(e)
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
(f)
jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan
(g)
segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada, atau terletak hak pada,
Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa dan kewajipannya.
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 17
Pemeliharaan Kumpulan Wang