Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama “Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia” yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada
Lembaga, mengikut apa-apa syarat yang difikirkannya patut.