Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Fungsi dan kuasa Lembaga
(a)
menggiatkan dan menggalakkan pelancongan ke dan dalam
Malaysia;
(b)
merangsangkan, memajukan dan memasarkan, di arena antarabangsa dan tempatan, negara Malaysia sebagai tempat tujuan pelancong;
(c)
menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau penggalakan berhubung dengan pelancongan yang
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
dijalankan oleh mana-mana jabatan kerajaan, atau agensi atau organisasi kerajaan atau bukan kerajaan; dan
(d)
membuat syor kepada Menteri tentang cara, langkah dan program yang hendak diterima pakai bagi memudahkan dan menggiatkan kemajuan dan penggalakan industri pelancongan di Malaysia dan jika dibenarkan oleh Menteri, melaksanakan atau membantu dalam pelaksanaan cara, langkah dan program berkenaan.
(2)
Lembaga adalah berkuasa melakukan segala perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang tersebut di atas—
(a)
menjalankan segala aktiviti yang berhubungan dengan pelancongan yang bersifat komersial atau perindustrian dan aktiviti penyelidikan dan latihan, yang penjalanannya didapati oleh Lembaga adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;
(b)
bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen, atau bertindak dengan apa-apa cara lain bersama dengan atau bagi pihak mana-mana agensi atau organisasi, sama ada antarabangsa atau selainnya;
(c)
mendapatkan publisiti tempatan dan luar negeri bagi memajukan Malaysia sebagai tempat tujuan pelancong;
(d)
menggalakkan dan menyelaraskan penjalanan apa-apa aktiviti yang berkaitan atau berhubungan dengan fungsinya oleh mana-mana jabatan kerajaan, atau agensi atau organisasi kerajaan atau bukan kerajaan;
(e)
menjalankan penyelidikan, kajian dan siasatan yang perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;
(f)
menghendaki mana-mana jabatan kerajaan, agensi atau organisasi kerajaan atau bukan kerajaan untuk mengemukakan maklumat, program dan laporan mengenai aktiviti penggalakan dan pemasaran pelancongan mereka;
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 11
(g)
mengambil bahagian dalam apa-apa perundingan dan perkiraan sebagaimana yang didapati perlu oleh Lembaga bagi melaksanakan fungsinya;
(h)
membantu memajukan pengusahaan pelancongan dalam
Malaysia, dan dalam menyediakan atau mempertingkatkan mutu kemudahan dan tarikan pelancong dalam Malaysia;
(i)
memberikan bantuan kepada mana-mana agensi atau organisasi kerajaan atau bukan kerajaan yang didapati oleh
Lembaga mempunyai kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti sedemikian, termasuk, dengan kelulusan Menteri, bantuan kewangan melalui pengambilan modal syer atau pinjaman atau melalui pinjaman atau selainnya;
(j)
melupuskan aset modal dan menggunakan hasil daripada pelupusan itu sebagaimana yang Lembaga fikirkan patut;
(k)
melantik ejen yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsinya;
(l)
mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana fungsi atau kuasanya;
(m)
melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkannya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan; dan
(n)
menjalankan segala kuasa dan melaksanakan segala kewajipan yang diletakhakkan pada atau diwakilkan kepadanya di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis lain.
Keanggotaan Lembaga