Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Pengemukaan penyata
(a)
mengakaunkan levi pelepasan yang genap masa mengikut tempoh bulanan dalam penyata itu sebagaimana yang ditetapkan; dan
(b)
mengemukakan penyata itu kepada Ketua Pengarah mengikut cara yang ditetapkan tidak lewat daripada hari terakhir bulan itu selepas berakhirnya tempoh bulanan yang berhubungan dengan penyata itu.
(2)
Mana-mana orang berdaftar yang terhenti daripada didaftarkan di bawah seksyen 16 hendaklah, tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas pemberhentian itu atau apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, mengemukakan suatu penyata sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah berkenaan dengan bahagian tempoh yang terakhir itu yang dalamnya orang itu didaftarkan.
(3)
Penyata yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2) hendaklah dikemukakan sama ada terdapat apa-apa levi pelepasan yang kena dibayar atau tidak.
(4)
Mana-mana orang berdaftar yang tidak mengemukakan penyata melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pembayaran levi pelepasan