/akn/my/act/act/2019/813

*AKTA LEVI PELEPASAN 2019

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2019
Last amended
2022
Sections
66
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA LEVI PELEPASAN 2019 is Malaysia Act, cited as Act 813 2019, currently marked in force and first recorded in 2019.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan levi pelepasan ke atas orang yang meninggalkan Malaysia dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [Bahagian I, Bahagian II, Bahagian IV, seksyen 17, seksyen 18, seksyen 31,

Bahagian VII

Bahagian VII, Bahagian VIII kecuali seksyen 37, Bahagian IX, Bahagian X dan

Bahagian XI

Bahagian XI—1 Ogos 2019;

Bahagian III

Bahagian III, Bahagian V kecuali seksyen 17 dan 18, Bahagian VI kecuali seksyen 31 dan seksyen 37—1

September 2019,

Suggest a correction

P.U. (B) 373/2019]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa bahagian yang berlainan atau peruntukan yang berlainan Akta ini.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan tarikh efektif bagi mengenakan dan melevikan levi pelepasan di bawah Akta ini.

Pemakaian dalam wilayah dan luar wilayah

Suggest a correction

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana orang, walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, melepasi had geografi Malaysia dan wilayah perairannya, jika orang itu ialah seorang pengendali asing di bawah

Akta ini.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction
(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“ditetapkan”

ertinya ditetapkan oleh

Menteri dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56];

“elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 [Akta 680];

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais, yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967 [Akta 235];

“komputer” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Keterangan 1950;

“levi pelepasan” ertinya suatu levi yang kena dibayar di bawah Akta ini;

Levi Pelepasan 9

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“orang” termasuklah seorang individu, suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan dan tiap-tiap orang juridikal lain;

“orang berdaftar” ertinya mana-mana pengendali atau ejen pengendali asing berdaftar di bawah seksyen 15;

“pegawai kastam” ertinya mana-mana pegawai kastam yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967 dan termasuklah mana-mana orang yang dilantik dan diambil kerja di bawah subseksyen 4(4);

“pegawai kanan kastam” ertinya mana-mana pegawai kastam yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;

“pengendali” ertinya mana-mana orang yang mengendalikan apa-apa kenderaan untuk membawa mana-mana orang meninggalkan

Malaysia dan “pengendali asing” ertinya mana-mana orang, yang mengendalikan apa-apa kenderaan untuk membawa mana-mana orang meninggalkan Malaysia, tetapi tidak mempunyai perniagaan atau tempat perniagaan di Malaysia;

“tarikh efektif” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(3).

Bahagian II

BAHAGIAN II

PENTADBIRAN

Suggest a correction

Fungsi dan kuasa Ketua Pengarah dan pegawai lain

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk pada arahan dan penyeliaan am Ketua Pengarah, seorang pegawai kanan kastam hendaklah mempunyai dan

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh atau di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana pegawai kastam hendaklah mempunyai kewajipan dan kuasa untuk menguatkuasakan dan memastikan pematuhan yang sewajarnya peruntukan Akta ini.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang, selain pegawai kastam boleh dilantik oleh, atau diambil kerja dengan persetujuan, Ketua Pengarah bagi apa-apa kewajipan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan levi pelepasan dan orang itu hendaklah disifatkan sebagai pegawai kastam bagi kewajipan atau perkhidmatan itu.

Suggest a correction

(5)

Ketua Pengarah boleh, melalui pemberikuasaan secara bertulis, memberi mana-mana orang yang dilantik atau diambil kerja di bawah subseksyen (4), semua atau apa-apa kuasa pegawai kanan kastam oleh atau di bawah Akta ini, bagi suatu tempoh yang tidak melebihi sembilan puluh hari berkenaan dengan mana-mana satu pemberian kuasa.

Orang yang dilantik atau diambil kerja hendaklah menjadi pekhidmat awam

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap orang yang dilantik atau diambil kerja di bawah subseksyen 4(4) bagi apa-apa kewajipan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan levi pelepasan hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan

[Akta 574].

Seksyen 6

Pengiktirafan jawatan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa permintaan, tuntutan atau perintah yang dibuat oleh mana-mana pegawai kastam yang bertindak atau yang berupa sebagai bertindak di bawah Akta ini jika pegawai itu enggan mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kad kuasa atau lencananya apabila diminta oleh orang itu.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang, yang bukan seorang pegawai kastam, yang memakai, menggunakan, memiliki atau mempamerkan dengan cara yang menyalahi undang-undang, selain semasa suatu pertunjukan pentas atau persembahan teater yang lain—

(a)

apa-apa pakaian seragam yang ditetapkan di bawah seksyen 8A Akta Kastam 1967 atau apa-apa pakaian yang kelihatan seperti, atau yang mengandungi tanda tersendiri yang terdapat pada, pakaian seragam itu; atau

Suggest a correction

(b)

apa-apa kad kuasa atau lencana yang ditetapkan, atau kad kuasa sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, yang disebut dalam subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kerahsiaan maklumat

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 7

Levi Pelepasan 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk pada subseksyen 8(1), tiap-tiap orang yang mempunyai milikan atau kawalan ke atas apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan atau salinan dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan itu, berhubung dengan perniagaan atau nilai levi pelepasan oleh mana-mana orang, yang pada

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

bila-bila masa, selain bagi maksud Akta ini atau dengan kuasa nyata

Ketua Pengarah—

(a)

menyampaikan atau cuba untuk menyampaikan maklumat itu atau apa-apa jua yang terkandung dalam dokumen, penyata atau perisytiharan itu atau salinan dokumen, penyata atau perisytiharan itu kepada mana-mana orang;

atau

Suggest a correction

(b)

membiarkan atau membenarkan mana-mana orang untuk mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau kepada apa-apa jua yang terkandung dalam dokumen, penyata atau perisytiharan itu atau salinan dokumen, penyata atau perisytiharan itu, melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi atau yang dilantik atau yang diambil kerja di bawah Akta ini atau yang disebut dalam subseksyen 8(1)

boleh dikehendaki untuk mengemukakan dalam apa-apa perkara atau prosiding dalam mana-mana mahkamah atau tribunal apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan atau untuk mendedahkan atau menyampaikan dalam perkara atau prosiding itu apa-apa perkara atau benda, yang dibawa kepada pengetahuannya dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini, kecuali sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini atau bagi memulakan suatu pendakwaan atau dalam penjalanan suatu pendakwaan bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini.

Ketua Pengarah boleh menghantar, dsb., dokumen, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, membenarkan Ketua Pengarah untuk menghantar atau menyampaikan apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan yang disebut dalam subseksyen 7(1) atau apa-apa jua yang terkandung dalam dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan itu kepada mana-mana orang lain.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

PENGENAAN DAN SKOP LEVI PELEPASAN

Suggest a correction

Pengenaan levi pelepasan

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Levi pelepasan hendaklah dikenakan dan dilevikan ke atas mana-mana orang yang meninggalkan Malaysia—

(a)

dalam hal orang itu dibawa oleh mana-mana pengendali, oleh orang berdaftar; atau

Suggest a correction

(b)

dalam hal selain perenggan (a), oleh mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Menteri, pada kadar yang dinyatakan oleh Menteri mengikut seksyen 11 Akta.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau perenggan (2)(a), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Levi pelepasan yang genap masa

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Levi pelepasan yang dikenakan di bawah seksyen 9 hendaklah menjadi genap masa apabila orang itu meninggalkan Malaysia.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

Seksyen 11

Kadar levi pelepasan

Open as pageSuggest a correction

(a)

menetapkan kadar levi pelepasan yang hendak dikenakan dan dilevikan; dan

Suggest a correction

(b)

mengubah atau meminda kadar levi pelepasan yang ditetapkan di bawah perenggan (a).

Suggest a correction

(2)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

Membayar balik levi pelepasan

Suggest a correction

Seksyen 12

Warta—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Melainkan jika Menteri mengarahkan selainnya, tiada levi pelepasan yang kena dibayar balik di bawah subseksyen (1) boleh dibayar balik, melainkan jika orang yang telah membayar levi pelepasan itu membuat suatu tuntutan secara bertulis kepada Ketua

Pengarah dalam masa satu tahun dari tarikh perintah itu terhenti berkuat kuasa secara keseluruhannya atau sebahagiannya dan tuntutan itu hendaklah mengandungi apa-apa butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau tidak membenarkan apa-apa levi pelepasan yang kena dibayar balik di bawah subseksyen (1) setakat yang pembayaran balik itu akan secara tidak patut memperkaya orang yang telah membayar levi pelepasan itu.

Levi Pelepasan 15

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Permohonan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum tarikh permulaan operasi membawa mana-mana orang meninggalkan Malaysia.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana pengendali yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kewajipan untuk melantik ejen

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika terdapat pertukaran ejen yang dilantik di bawah subseksyen (1), pengendali asing itu hendaklah melantik ejen yang lain untuk bertindak bagi pihaknya tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum pertukaran itu dan ejen itu hendaklah memohon pendaftaran dalam masa tiga puluh hari selepas daripada tarikh pelantikan itu.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana pengendali asing yang melanggar subseksyen (1)

atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

Pendaftaran pengendali atau ejen pengendali asing

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk mendaftar mana-mana pengendali atau ejen pengendali asing yang tidak memohon di bawah seksyen 13 berkuat kuasa dari hari pertama pada bulan berikutnya selepas maklumat itu diketahui oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah hendaklah memberitahu orang yang didaftarkan di bawah subseksyen (2) mengikut cara yang difikirkan patut olehnya.

Pemberitahuan pemberhentian tanggungan dan pembatalan pendaftaran

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(a)

yang berniat untuk berhenti menjalankan operasi sebagai pengendali; atau

Suggest a correction

(b)

yang berniat untuk berhenti menjadi ejen pengendali asing, hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis mengenai hakikat itu enam puluh hari sebelum tarikh pemberhentian.

Suggest a correction

(2)

Apabila pemberitahuan di bawah subseksyen (1) diterima,

Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran orang berdaftar itu dari apa-apa tarikh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang berdaftar yang melanggar subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Levi Pelepasan 17

Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

REKOD, PENYATA, TAKSIRAN DAN MENDAPATKAN BALIK

Suggest a correction

Kewajipan untuk menyimpan rekod

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa rekod yang disimpan di bawah seksyen ini hendaklah dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berhubungan dengan rekod itu.

Suggest a correction

(3)

Jika rekod itu adalah dalam bentuk yang boleh dibaca secara elektronik, rekod itu hendaklah disimpan mengikut apa-apa cara yang membolehkan rekod itu mudah diakses dan boleh ditukar ke dalam bentuk tulisan.

Suggest a correction

(4)

Jika rekod itu pada asalnya dalam bentuk manual dan kemudiannya ditukar ke dalam bentuk elektronik, rekod itu hendaklah dikekalkan dalam bentuk asalnya sebelum penukaran itu.

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang berdaftar yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Salinan rekod boleh diterima sebagai keterangan

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

Suatu salinan rekod di bawah seksyen 17 hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding setakat yang sama sebagaimana rekod itu sendiri.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

Seksyen 19

Pengemukaan penyata

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengakaunkan levi pelepasan yang genap masa mengikut tempoh bulanan dalam penyata itu sebagaimana yang ditetapkan; dan

Suggest a correction

(b)

mengemukakan penyata itu kepada Ketua Pengarah mengikut cara yang ditetapkan tidak lewat daripada hari terakhir bulan itu selepas berakhirnya tempoh bulanan yang berhubungan dengan penyata itu.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang berdaftar yang terhenti daripada didaftarkan di bawah seksyen 16 hendaklah, tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas pemberhentian itu atau apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, mengemukakan suatu penyata sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah berkenaan dengan bahagian tempoh yang terakhir itu yang dalamnya orang itu didaftarkan.

Suggest a correction

(3)

Penyata yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2) hendaklah dikemukakan sama ada terdapat apa-apa levi pelepasan yang kena dibayar atau tidak.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang berdaftar yang tidak mengemukakan penyata melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pembayaran levi pelepasan

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika apa-apa levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya oleh mana-mana orang berdaftar selepas hari terakhir levi pelepasan itu genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1) dan tiada pendakwaan dimulakan, orang berdaftar itu hendaklah membayar—

(a)

bagi tempoh tiga puluh hari pertama yang levi pelepasan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti sebanyak sepuluh peratus daripada amaun levi pelepasan itu yang masih belum dibayar;

Suggest a correction

(b)

bagi tempoh tiga puluh hari kedua yang levi pelepasan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun levi pelepasan itu yang masih belum dibayar; dan

Suggest a correction

(c)

bagi tempoh tiga puluh hari ketiga yang levi pelepasan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun levi pelepasan itu yang masih belum dibayar.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang berdaftar yang tidak membayar kepada Ketua

Pengarah amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(4)

Sebagai tambahan kepada apa-apa denda yang dikenakan oleh mahkamah di bawah subsekyen (3), mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana orang berdaftar yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (3) untuk membayar penalti yang dinyatakan dalam subseksyen (2).

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

Tempoh pemulaan pendakwaan bagi levi pelepasan yang tidak dibayar

Suggest a correction

Seksyen 21

Levi Pelepasan 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen 20(3) boleh dimulakan terhadap orang berdaftar yang telah membayar amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang dinyatakan di bawah subseksyen 20(2) dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen yang sama.

Kuasa untuk menaksir

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana pengendali atau ejen tidak memohon bagi pendaftaran;

Suggest a correction

(b)

mana-mana orang berdaftar tidak mengemukakan suatu penyata; atau

Suggest a correction

(c)

mana-mana orang berdaftar mengemukakan suatu penyata yang didapati oleh Ketua Pengarah tidak lengkap atau tidak betul,

Ketua Pengarah boleh menaksir mengikut pertimbangan terbaiknya amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang kena dibayar di bawah subseksyen 20(2), jika ada, oleh orang itu, dan Ketua Pengarah hendaklah memberitahu orang itu tentang taksiran itu secara bertulis.

Suggest a correction

(2)

Taksiran di bawah subseksyen (1) tidak boleh dibuat lebih daripada enam tahun dari tarikh levi pelepasan itu genap masa dan kena dibayar.

Levi Pelepasan 21

Taksiran levi pelepasan pada amaun yang lebih tinggi daripada yang sewajarnya

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(a)

Ketua Pengarah membuat suatu taksiran di bawah perenggan 22(1)(b) atau (c);

Suggest a correction

(b)

levi pelepasan yang ditaksir itu telah dibayar tetapi tiada penyata telah dikemukakan bagi tempoh yang berhubungan dengan taksiran itu; dan

Suggest a correction

(c)

orang berdaftar tidak mengemukakan suatu penyata bagi apa-apa tempoh berikutnya,

Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, menaksir suatu amaun levi pelepasan yang lebih tinggi daripada amaun yang selainnya patut dipertimbangkannya sebagai wajar.

Suggest a correction

(2)

Jika Ketua Pengarah mendapati bahawa amaun yang sepatutnya telah ditaksir dalam suatu taksiran di bawah subseksyen (1) melebihi amaun yang ditaksir sedemikian, Ketua Pengarah boleh di bawah peruntukan yang sama sebagaimana yang taksiran itu dibuat dan dalam tempoh yang dalamnya taksiran itu sepatutnya telah dibuat, membuat suatu taksiran tambahan dan hendaklah memberitahu orang berdaftar itu secara bertulis dengan sewajarnya.

Taksiran untuk menampung kehilangan levi pelepasan yang boleh dikaitkan dengan fraud, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

Jika pada pendapat Ketua Pengarah apa-apa bentuk fraud atau keingkaran telah dilakukan oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang berkaitan dengan atau berhubung dengan levi pelepasan,

Ketua Pengarah boleh, bagi maksud menampung apa-apa kehilangan levi pelepasan yang boleh dikaitkan dengan fraud atau keingkaran itu, membuat suatu taksiran pada bila-bila masa.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

Seksyen 25

Orang berdaftar membayar levi pelepasan dan penalti apabila diberitahu

Open as pageSuggest a correction

(2)

Amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar dan penalti yang kena dibayar hendaklah dibayar oleh orang berdaftar sama ada orang berdaftar itu memohon untuk kajian semula di bawah seksyen 59 terhadap taksiran itu atau tidak.

Ketua Pengarah boleh mengubah taksiran, dsb., untuk memastikan ketepatan

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah boleh membuat apa-apa pengubahan dalam atau penambahan kepada mana-mana taksiran yang dibuat sebagaimana yang difikirkan patut olehnya untuk memastikan ketepatan taksiran itu dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang berdaftar itu secara bertulis.

Kuasa untuk memungut levi pelepasan, dsb., daripada orang yang terhutang wang pada orang berdaftar

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana orang yang olehnya apa-apa wang terhutang atau terakru atau boleh menjadi genap masa dan kena dibayar kepada orang berdaftar;

Levi Pelepasan 23

Suggest a correction

(b)

mana-mana orang yang memegang atau yang boleh kemudiannya memegang wang bagi atau untuk orang berdaftar; atau

Suggest a correction

(c)

mana-mana orang yang mempunyai kuasa daripada mana-mana orang lain untuk membayar wang kepada orang berdaftar itu, supaya membayar kepada Ketua Pengarah dengan serta-merta, atau dalam apa-apa tempoh yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, wang itu, yang bukan gaji atau upah yang terhutang atau terakru kepada orang berdaftar itu, atau sekian banyak daripada wang itu yang cukup untuk membayar levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar, terakru atau penalti yang kena dibayar oleh orang berdaftar itu.

Suggest a correction

(2)

Semua bayaran yang dibuat menurut suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat bagi pihak orang berdaftar itu dan dengan kuasa daripada orang berdaftar itu dan daripada semua orang lain yang berkenaan.

Mendapatkan balik levi pelepasan, dsb., yang dibayar balik secara silap

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tuntutan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh Ketua Pengarah dalam masa enam tahun dari tarikh pembayaran balik itu dibuat.

Suggest a correction

(3)

Apabila tuntutan di bawah subseksyen (2) diterima, orang itu hendaklah membayar semula bayaran balik yang telah dibayar secara silap kepadanya.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

Mendapatkan balik levi pelepasan, dsb., sebagai hutang sivil

Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam apa-apa prosiding untuk mendapatkan balik levi pelepasan atau penalti, jika ada, di bawah subseksyen (1), pengemukaan suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua

Pengarah yang memberikan nama dan alamat orang berdaftar itu dan amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar atau penalti yang kena dibayar, jika ada, hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bagi amaun itu sebagai yang genap masa dan kena dibayar atau yang kena dibayar olehnya dan hendaklah menjadi autoriti yang mencukupi bagi mahkamah untuk memberikan penghakiman bagi amaun itu.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa penalti yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah, bagi maksud Akta ini dan Akta Had Masa 1953 [Akta 254], Ordinan

Had Masa Sabah [Sabah Bab 72] atau Ordinan Had Masa Sarawak

[Sarawak Bab 49], mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh didapatkan balik seolah-oleh ia adalah penalti yang kena dibayar di bawah Akta ini dan dengan demikian subseksyen 6(4)

Akta Had Masa 1953, seksyen 3 Ordinan Had Masa Sabah atau seksyen 3 Ordinan Had Masa Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak terpakai bagi penalti itu.

Tanggungan pengarah, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(2)

Berhubung dengan suatu syarikat yang sedang digulung, pengarah syarikat itu hendaklah hanya bertanggungan jika aset syarikat itu tidak mencukupi untuk menjelaskan amaun yang terhutang, selepas membayar apa-apa jumlah wang yang mempunyai keutamaan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] berhubung dengan penggunaan aset syarikat itu dalam penggulungan itu berbanding dengan levi pelepasan atau penalti itu.

Suggest a correction

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

PENGECUALIAN, PEREMITAN DAN PEMBAYARAN BALIK

Suggest a correction

Kuasa Menteri untuk mengecualikan dan membayar balik

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana orang atau golongan orang daripada pembayaran keseluruhan atau mana-mana bahagian levi pelepasan;

Suggest a correction

(b)

mana-mana orang berdaftar daripada mengenakan keseluruhan atau mana-mana bahagian levi pelepasan;

Suggest a correction

(c)

mana-mana orang yang diberi kuasa di bawah perenggan 9(2)(b) daripada mengenakan levi pelepasan;

atau

Suggest a correction

(d)

mana-mana pengendali daripada kehendak untuk mendaftar.

Suggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, dalam apa-apa hal tertentu dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya, mengecualikan—

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

(a)

mana-mana orang daripada pembayaran keseluruhan atau mana-mana bahagian levi pelepasan;

Suggest a correction

(b)

mana-mana orang berdaftar daripada mengenakan keseluruhan atau mana-mana bahagian levi pelepasan; atau

Suggest a correction

(c)

mana-mana pengendali daripada kehendak untuk mendaftar.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika seseorang yang telah diberikan pengecualian di bawah perenggan (1)(a) atau (2)(a) telah membayar apa-apa levi pelepasan yang berhubungan dengan pengecualian itu dan yang telah diberi kelulusan oleh Menteri bagi pembayaran balik amaun levi pelepasan yang telah dibayar, orang itu adalah berhak bagi pembayaran balik itu.

Peremitan

Suggest a correction

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah boleh, jika difikirkan patut olehnya dan tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan olehnya, meremitkan penalti di bawah subseksyen 20(2).

Suggest a correction

(3)

Jika seseorang yang telah diberikan peremitan di bawah subseksyen (1) atau (2) telah membayar apa-apa levi pelepasan atau penalti yang berhubungan dengan peremitan itu, dia berhak kepada suatu pembayaran balik amaun levi pelepasan atau penalti yang telah dibayar yang telah diremitkan itu.

Pembayaran balik levi pelepasan yang terlebih bayar atau dibayar secara silap, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tuntutan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada

Ketua Pengarah dalam masa satu tahun dari masa berlakunya pembayaran terlebih itu atau pembayaran yang silap itu atau berlakunya kelayakan pembayaran balik itu.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau tidak membenarkan apa-apa pembayaran balik berkenaan dengan tuntutan di bawah subseksyen (1) setakat yang pembayaran balik itu akan dengan tidak patut memperkaya orang yang disebut dalam subseksyen (1).

Suggest a correction

(4)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen ini,

Ketua Pengarah tidaklah bertanggungan untuk membayar balik amaun yang dibayar kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1) melalui levi pelepasan menurut fakta bahawa ia bukan levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar kepadanya.

Pembayaran balik apabila Ketua Pengarah berpuas hati dan dengan keterangan sokongan

Suggest a correction

Seksyen 34

Levi Pelepasan 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu tuntutan di bawah seksyen ini hendaklah disokong oleh apa-apa keterangan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua

Pengarah.

Suggest a correction

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

PENGUATKUASAAN

Suggest a correction

Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud Akta ini, tiap-tiap pegawai kastam hendaklah mempunyai semua kuasa yang diberikan di bawah Akta Kastam 1967, dan kuasa itu hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan tidak mengurangkannya.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

Bahagian VIII

BAHAGIAN VIII

Seksyen 36

Mana-mana orang yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan apa-apa cara mengamang, menghalang, menggalang, mengancam atau mencabul pegawai kastam dalam menunaikan fungsinya di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(b)

tidak memberikan kemudahan atau bantuan yang munasabah kepada mana-mana pegawai kastam dalam menjalankan fungsinya di bawah

Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

Penyata tidak betul dan yang terkurang dibayar

Suggest a correction

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang berdaftar yang membuat suatu penyata yang tidak betul atau memberikan apa-apa maklumat yang tidak betul berhubung dengan apa-apa perkara yang menyentuh tanggungannya untuk mengenakan levi pelepasan atau levi pelepasan yang telah dikenakan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; dan

Suggest a correction

(b)

jika kesalahan itu berhubung dengan levi pelepasan yang terkurang bayar, dikenakan penalti bersamaan dengan amaun yang terkurang bayar itu.

Levi Pelepasan 29

Pengelakan levi pelepasan, fraud

Suggest a correction

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

(a)

meninggalkan daripada suatu penyata apa-apa maklumat berhubung dengan apa-apa perkara yang menyentuh tanggungannya untuk mengenakan levi pelepasan atau amaun levi pelepasan yang dipungut;

Suggest a correction

(b)

membuat apa-apa pernyataan palsu atau catatan palsu dalam mana-mana penyata yang dikemukakan, atau tuntutan atau permohonan yang dibuat, di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(c)

memberikan apa-apa jawapan palsu, sama ada secara bertulis atau selainnya, kepada apa-apa soalan yang ditanyakan atau permintaan untuk mendapatkan maklumat yang dibuat mengikut peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

menyediakan atau menyenggarakan, atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan, apa-apa buku akaun palsu atau rekod palsu yang lain, atau memalsukan atau membenarkan pemalsuan apa-apa buku akaun atau rekod;

atau

Suggest a correction

(e)

membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa fraud, tipu daya atau helah, melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan—

(a)

didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

Suggest a correction

(b)

jika kesalahan itu berhubung dengan levi pelepasan yang terkurang bayar, dikenakan penalti bersamaan dengan amaun yang terkurang bayar itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika dalam apa-apa prosiding di bawah seksyen ini dibuktikan bahawa suatu pernyataan palsu atau catatan palsu, sama ada dengan peninggalan atau selainnya, telah dibuat dalam mana-mana penyata yang dikemukakan, atau tuntutan atau permohonan yang dibuat, di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini oleh atau bagi pihak mana-mana orang atau dalam mana-mana buku akaun atau rekod lain yang disenggarakan oleh atau bagi pihak mana-mana orang, orang itu hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya telah membuat pernyataan palsu atau catatan palsu dengan niat untuk mengelak levi pelepasan.

Suggest a correction

(4)

Apa-apa sebutan dalam seksyen ini tentang seseorang yang membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa fraud, tipu daya atau helah termasuklah sebutan tentang seseorang yang, tanpa kuasa Ketua Pengarah atau pegawai kanan kastam—

(a)

memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau memanipulasi data yang disimpan di dalam, atau yang digunakan berkaitan dengan, suatu komputer;

Suggest a correction

(b)

memasukkan ke dalam, atau merekodkan atau menyimpan di dalam, suatu komputer, melalui apa-apa cara, data bagi maksud—

Suggest a correction

(i)

memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau memanipulasi data yang disimpan di dalam, atau yang digunakan berkaitan dengan, suatu komputer; atau

(ii)

mengusik, mengganggu atau menghalang penggunaan secara sah suatu komputer itu, atau data yang disimpan di dalam, atau yang digunakan berkaitan dengan, suatu komputer; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

selainnya menggunakan suatu komputer, yang maksud atau kesannya adalah untuk mengelak levi pelepasan.

Levi Pelepasan 31

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Bagi maksud subseksyen (4), “data” termasuklah apa-apa program komputer atau sebahagian daripada program komputer.

Suggest a correction

(6)

Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini, apa-apa pengelakan levi pelepasan hendaklah disifatkan berada dalam pengetahuan tertuduh melainkan jika dibuktikan sebaliknya oleh tertuduh itu.

Keengganan untuk menjawab soalan atau memberi maklumat palsu

Suggest a correction

Seksyen 39

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila apa-apa maklumat dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul pada keseluruhannya atau sebahagiannya, tidaklah menjadi suatu pembelaan untuk mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagian maklumat itu telah dikemukakan secara tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud, atau disalahtafsirkan atau tidak ditafsirkan sepenuhnya oleh seorang jurubahasa yang disediakan oleh pemberi maklumat itu.

Percubaan dan persubahatan

Suggest a correction

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang cuba melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, atau bersubahat dalam pelakuan kesalahan itu, boleh dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

Seksyen 41

Penalti am

Open as pageSuggest a correction

Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan oleh syarikat, dsb.

Seksyen 42

Jika mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah

Open as pageSuggest a correction

Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau membantu dalam pengurusannya—

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu; dan

Suggest a correction

(b)

jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

Suggest a correction

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; atau

Levi Pelepasan 33

(ii)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.

Tanggungan seseorang bagi perbuatan, dsb., pekerja, dsb.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 43

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana orang boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan—

(a)

oleh pekerja orang itu dalam penjalanan pekerjaannya;

Suggest a correction

(b)

oleh ejen orang itu semasa bertindak bagi pihak orang itu;

atau

Suggest a correction

(c)

oleh pekerja ejen orang itu semasa bertindak dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen orang itu atau selainnya bagi pihak ejen orang itu yang bertindak bagi pihak orang itu, orang itu boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran oleh pekerja atau ejen orang itu, atau pekerja ejen orang itu.

Levi pelepasan, dsb., hendaklah kena dibayar walau apa pun apa-apa prosiding, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 44

Open as pageSuggest a correction

Pemulaan prosiding atau pengenaan suatu penalti, denda atau tempoh pemenjaraan di bawah Akta ini atau pengkompaunan suatu kesalahan di bawah seksyen 51 tidaklah melepaskan mana-mana orang daripada tanggungan untuk membayar levi pelepasan atau penalti di bawah Akta ini.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

Bahagian IX

BAHAGIAN IX

Seksyen 45

Open as pageSuggest a correction

Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.

Seksyen 46

Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan mengenakan hukuman di bawah Akta ini bagi mana-mana kesalahan itu.

Seksyen 47

Peruntukan keterangan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu transkrip tentang apa-apa butir yang terkandung dalam suatu penyata atau dokumen lain yang berhubungan dengan levi pelepasan, jika ia diperaku dengan ditandatangani sendiri oleh Ketua

Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa olehnya sebagai suatu salinan benar butir-butir itu, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya.

Suggest a correction

(3)

Tiada pernyataan yang dibuat atau dokumen yang dikemukakan oleh atau bagi pihak mana-mana orang boleh tidak diterima sebagai keterangan terhadap orang itu dalam apa-apa prosiding terhadapnya yang seksyen ini terpakai baginya, semata-mata oleh sebab fakta bahawa dia telah atau mungkin telah didorong untuk membuat pernyataan itu atau mengemukakan dokumen itu disebabkan oleh

Levi Pelepasan 35

apa-apa dorongan, janji atau ugutan yang dibuat oleh mana-mana orang yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi di bawah, atau dilantik bagi pentadbiran wajar, Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(4)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan pelaksanaan Bab IX Bahagian III Akta Keterangan 1950.

Suggest a correction

(5)

Jika dalam apa-apa prosiding dibuktikan bahawa apa-apa pernyataan atau catatan palsu yang telah dibuat dalam apa-apa penyata yang tertera di bawah Akta ini oleh atau bagi pihak mana-mana orang atau dalam apa-apa buku akaun atau rekod mana-mana orang—

(a)

orang itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah membuat pernyataan atau catatan palsu itu atau telah menyebabkan penyataan atau catatan palsu itu dibuat atau telah membenarkannya dibuat dengan niat untuk mengelak pembayaran levi pelepasan atau untuk memperoleh bayaran balik levi pelepasan yang orang itu tidak berhak kepadanya, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

Suggest a correction

(b)

mana-mana orang lain yang membuat apa-apa pernyataan atau catatan palsu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah membuat pernyataan atau catatan palsu dengan niat untuk membantu orang yang mula-mula disebut untuk mengelak pembayaran levi pelepasan atau untuk memperoleh bayaran balik levi pelepasan yang dia tidak berhak.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Jika mana-mana pegawai kastam telah memperoleh apa-apa dokumen atau keterangan lain dalam menjalankan kuasanya di bawah

Akta ini, dokumen atau salinan dokumen atau keterangan lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya, walau apa pun, apa-apa yang bertentangan dalam mana-mana undang-undang bertulis.

Suggest a correction

(7)

Jika mana-mana dokumen yang hendak digunakan dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini adalah dalam bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

Inggeris, terjemahan dokumen itu ke dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris hendaklah diterima sebagai keterangan jika terjemahan itu disertakan dengan suatu perakuan orang yang menterjemahkan dokumen itu yang menyatakan bahawa terjemahan itu ialah terjemahan yang tepat, benar dan betul dan terjemahan itu telah dibuat oleh orang itu atas kehendak mana-mana pegawai kastam.

Suggest a correction

(8)

Subseksyen (7) hendaklah terpakai bagi sesuatu dokumen yang diterjemahkan, tidak kira sama ada dokumen itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada terjemahan itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada milikan dokumen itu telah diperoleh oleh mana-mana pegawai kastam di dalam atau di luar

Malaysia.

Nilai keterangan salinan notis elektronik

Suggest a correction

Seksyen 48

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, apa-apa notis elektronik atau apa-apa rekod elektronik bagi suatu notis elektronik atau apa-apa salinan atau cetakannya yang—

(a)

diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengandungi semua atau apa-apa maklumat yang difailkan, diserah simpan atau dihantar melalui perkhidmatan elektronik mengikut

Bahagian ini; dan

Suggest a correction

(b)

disahkan dengan sewajarnya mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 47 atau selainnya disahkan mengikut cara yang diperuntukkan dalam

Akta Keterangan 1950 bagi pengesahan dokumen yang dihasilkan oleh komputer,

Levi Pelepasan 37

hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya.

Pemenjaraan kerana tidak membayar denda

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 49

Walau apa pun seksyen 283 dan 284 Kanun Tatacara

Open as pageSuggest a correction

Jenayah [Akta 593], tempoh pemenjaraan yang dikenakan oleh mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa denda yang tidak dibayar di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, atau berkenaan dengan keingkaran suatu distres yang mencukupi untuk membayar apa-apa denda sedemikian, adalah apa-apa tempoh mengikut perihalan, yang pada pendapat mahkamah akan memberi keadilan bagi kes itu, tetapi tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi tempoh maksimum seperti yang berikut:

(a)

jika denda itu tidak melebihi lima ribu ringgit, tempoh maksimum ialah dua bulan;

Suggest a correction

(b)

jika denda itu melebihi lima ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, tempoh maksimum ialah empat bulan; atau

Suggest a correction

(c)

jika denda itu melebihi sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi dua puluh ribu ringgit, tempoh maksimum ialah enam bulan, dengan dua bulan tambahan bagi tiap-tiap sepuluh ribu ringgit selepas dua puluh ribu ringgit yang pertama denda itu sehingga suatu tempoh maksimum enam tahun dicapai.

Tiada kos atau ganti rugi yang timbul daripada penyitaan boleh didapatkan balik melainkan jika penyitaan tanpa sebab yang munasabah atau sebab barangkali

Suggest a correction

Seksyen 50

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun boleh dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa benda yang disita pada penjalanan atau yang berupa sebagai penjalanan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain selain suatu

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

perintah bagi pemulangan benda itu atau pembayaran nilainya melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah atau sebab barangkali.

Seksyen 51

Pengkompaunan kesalahan

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun;

Suggest a correction

(c)

kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana pegawai kanan kastam boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum suatu pertuduhan dimulakan, mengkompaun apa-apa kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang boleh dikenakan kepada orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.

Suggest a correction

(3)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu atau tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Suggest a correction

(4)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan kesalahan terhadap

Levi Pelepasan 39

orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang telah disita yang berkait dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Ketua Pengarah, tertakluk pada apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(5)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan.

Perintah mahkamah

Suggest a correction

Seksyen 52

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang itu didapati tidak bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan jika dia telah membayar amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar atau penalti yang kena dibayar berkenaan dengan kesalahan yang dipertuduh, mahkamah boleh memerintahkan supaya amaun yang telah dibayar itu dibayar balik kepada orang itu jika tiada notis rayuan difailkan.

Obligasi kerahsiaan

Suggest a correction

Seksyen 53

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Perlindungan pemberi maklumat daripada diketahui

Suggest a correction

Seksyen 54

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika apa-apa buku, dokumen atau kertas yang dikemukakan dalam keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada dirinya diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua petikan itu disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu bagi melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.

Suggest a correction

(3)

Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah itu, selepas pemeriksaan penuh tentang kes itu, mempercayai bahawa pemberi maklumat itu membuat dengan sengaja dalam aduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya sebagai palsu atau tidak dipercayainya sebagai benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dijalankan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa pemberi maklumat itu diketahui, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan asal, jika secara bertulis, dan membenarkan pemeriksaan, dan menghendaki penzahiran penuh berkenaan dengan pemberi maklumat itu.

Levi Pelepasan 41

Suggest a correction

Bahagian X

BAHAGIAN X

Seksyen 55

Open as pageSuggest a correction

(b)

dengan menghantarnya kepada orang itu melalui pos berdaftar; atau

Suggest a correction

(2)

Notis, arahan atau dokumen lain yang dihantar melalui pos berdaftar kepada seseorang hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu pada masa ia sepatutnya telah dihantar serah kepada orang itu dalam perjalanan biasa pos itu jika notis, arahan atau dokumen lain itu telah dialamatkan—

(a)

dalam hal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain—

Suggest a correction

(i)

ke pejabat berdaftarnya;

(iii)

kepada mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk menerima proses penyampaian; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

dalam hal seorang individu, ke alamat terakhirnya yang diketahui.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika seseorang telah memberikan persetujuannya untuk suatu notis disampaikan kepadanya melalui perkhidmatan elektronik, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan pada masa notis elektronik itu dihantar ke akaunnya melalui perkhidmatan elektronik.

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

Penggunaan perkhidmatan elektronik

Suggest a correction

Seksyen 56

Open as pageSuggest a correction

(a)

pemfailan atau pengemukaan apa-apa permohonan, penyata atau apa-apa dokumen lain; dan

Suggest a correction

(b)

penyampaian apa-apa notis, arahan, perintah, permit atau apa-apa dokumen lain.

Suggest a correction

(2)

Jika suatu notis elektronik dibuat dan dihantar kepada Ketua

Pengarah, Ketua Pengarah tidak bertanggungan terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh pengguna berdaftar itu atas sebab apa-apa kesilapan atau peninggalan tidak kira dengan apa jua sifat atau tidak kira bagaimana jua sekalipun berbangkit yang terdapat dalam apa-apa notis elektronik yang diperoleh oleh pengguna berdaftar di bawah perkhidmatan elektronik jika kesilapan atau peninggalan itu dibuat dengan suci hati dan dalam penjalanan biasa penunaian kewajipan Ketua Pengarah atau berlaku atau timbul akibat daripada apa-apa kecacatan atau kegagalan dalam perkhidmatan eletronik itu atau dalam kelengkapan yang digunakan bagi penyediaan perkhidmatan elektronik itu.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa notis elektronik yang dibuat dan dihantar oleh pengguna berdaftar hendaklah disifatkan sebagai telah difailkan, dikemukakan atau disampaikan pada masa notis elektronik itu diterima oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “pengguna berdaftar” ertinya mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua

Pengarah untuk mengakses dan menggunakan perkhidmatan eletronik.

Pengesahan notis, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 57

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Akta ini memperuntukkan bagi suatu notis atau apa-apa dokumen lain hendaklah di bawah tandatangan mana-mana pegawai kastam, notis atau dokumen lain itu hendaklah ditandatangani dalam manuskrip oleh pegawai kastam itu.

Suggest a correction

(3)

Suatu notis atau apa-apa dokumen lain yang disampaikan bagi maksud Akta ini dan berupa sebagai ditandatangani dalam manuskrip oleh Ketua Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa olehnya hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah ditandatangani sedemikian.

Transaksi perniagaan bagi pihak orang berdaftar

Suggest a correction

Seksyen 58

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang berurusan bagi pihak mana-mana orang berdaftar mengenai apa-apa perkara berhubung dengan Akta ini hendaklah—

(a)

mengeluarkan suatu surat kebenaran daripada orang berdaftar yang diwakili oleh orang itu; dan

Suggest a correction

(b)

jika mana-mana borang yang ditetapkan dikehendaki untuk dikemukakan bagi maksud perkara yang sedang diuruskan, mengemukakan borang yang telah ditandatangani oleh orang berdaftar, kecuali jika selainnya dibenarkan oleh pegawai kastam.

Permohonan untuk kajian semula

Suggest a correction

Seksyen 59

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika suatu permohonan telah dibuat di bawah subseksyen (1),

Ketua Pengarah hendaklah membuat suatu kajian semula dan

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

memberitahu keputusan kajian semula kepada orang itu, jika dapat dilaksanakan, dalam masa enam puluh hari dari tarikh permohonan.

Suggest a correction

(3)

Tiada kajian semula boleh dibuat bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan kompaun.

Suggest a correction

(4)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam bentuk dan cara yang ditetapkan.

Pelikuidasi orang berdaftar hendaklah memberikan notis penggulungan, dan mengetepikan levi pelepasan

Suggest a correction

Seksyen 60

Open as pageSuggest a correction

(a)

memberikan notis mengenai penggulungan syarikat itu kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas ketetapan itu berkuat kuasa atau perintah itu dibuat;

Suggest a correction

(b)

sebelum melupuskan apa-apa aset syarikat itu, mengetepikan apa-apa jumlah wang daripada aset itu sebagaimana yang didapati oleh Ketua Pengarah sebagai mencukupi untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa levi pelepasan yang atau yang akan selepas itu menjadi genap masa dan kena dibayar berkenaan dengan syarikat itu; dan

Suggest a correction

(c)

membayar levi pelepasan yang disebut dalam perenggan (b).

Suggest a correction

(2)

Pelikuidasi mana-mana syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) yang tidak memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang ditetapkan dalam perenggan (1)(a) atau tidak mengadakan peruntukan bagi pembayaran levi pelepasan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan

Suggest a correction

(1)

(c)

hendaklah bertanggungan sendiri bagi apa-apa levi pelepasan yang atau yang akan menjadi genap masa dan kena dibayar sebagaimana yang disebut terdahulu.

Levi Pelepasan 45

Suggest a correction

(3)

Mana-mana pelikuidasi yang tidak mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(4)

Jika dua atau lebih orang dilantik sebagai pelikuidasi atau dikehendaki oleh undang-undang untuk menjalankan penggulungan syarikat yang disebut dalam subseksyen (1), obligasi dan tanggungan yang dikenakan kepada pelikuidasi di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan kepada semua orang itu secara bersesama dan berasingan, tertakluk pada suatu hak sumbangan antara mereka sebagaimana dalam hal kontrak.

Pelantikan penerima hendaklah diberitahu kepada Ketua Pengarah

Suggest a correction

Seksyen 61

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang dilantik sebagai penerima yang tidak memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen (1) atau tidak mengadakan peruntukan bagi pembayaran levi pelepasan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen itu hendaklah bertanggungan sendiri bagi apa-apa levi pelepasan yang atau yang akan menjadi genap masa dan kena dibayar sebagaimana yang disebut terdahulu.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana penerima yang tidak mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

Suggest a correction

(4)

Jika dua atau lebih orang dilantik sebagai penerima, obligasi dan tanggungan yang dikenakan kepada penerima di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan kepada semua orang itu secara bersesama dan berasingan, tertakluk pada suatu hak sumbangan antara mereka sebagaimana dalam hal kontrak.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Suggest a correction

Seksyen 62

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh menetapkan—

(a)

semua perkara yang berhubungan dengan pendaftaran orang berdaftar;

Suggest a correction

(b)

semua perkara yang berhubungan dengan pengemukaan penyata;

Suggest a correction

(c)

semua perkara yang berhubungan dengan pembayaran levi pelepasan;

Suggest a correction

(d)

semua perkara yang berhubungan dengan pembayaran balik dan peremitan levi pelepasan atau penalti;

Suggest a correction

(e)

semua perkara yang berhubungan dengan perkhidmatan elektronik;

Suggest a correction

(f)

semua perkara yang berhubungan dengan pejabat bagi pentadbiran levi pelepasan itu;

Suggest a correction

(g)

semua borang yang ditetapkan bagi maksud Akta ini; atau

Suggest a correction

(h)

apa-apa perkara lain yang dikehendaki di bawah Akta ini untuk ditetapkan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan suatu tindakan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan

Levi Pelepasan 47

hukuman denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.

Kuasa untuk melanjutkan tempoh

Suggest a correction

Seksyen 62A

Open as pageSuggest a correction

Jika, melalui Akta ini, suatu tempoh dinyatakan yang dalamnya sesuatu perbuatan atau benda hendaklah dilakukan oleh seseorang, dan

Menteri berpuas hati bahawa perbuatan atau benda itu tidak dapat disempurnakan dalam tempoh itu disebabkan oleh berlakunya kecemasan awam atau krisis kesihatan awam, Menteri boleh, mengikut terma dan syarat yang difikirkannya patut, melanjutkan tempoh untuk menyempurnakan perbuatan atau benda itu sebelum habis tempoh itu.

Seksyen 62B

Kuasa untuk mengubah suai terma dan syarat

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelum mengubah suai terma dan syarat, notis hendaklah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat itu menyatakan—

(b)

tarikh terma dan syarat sebagaimana diubah suai itu berkuat kuasa.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Terma dan syarat yang diubah suai tidak boleh berkuat kuasa kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2) dikeluarkan.

Suggest a correction

(4)

Jika terma dan syarat itu pada mulanya dikenakan oleh Ketua

Pengarah menurut Akta ini, terma dan syarat sebagaimana diubah suai oleh Menteri hendaklah disifatkan telah dikenakan oleh Ketua

Pengarah.

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

Suggest a correction

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “ubah suai” ertinya tambah, potong atau ubah.

Suggest a correction

Bahagian XI

BAHAGIAN XI

Seksyen 63

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah boleh mendaftarkan orang yang disebut dalam subseksyen (1) pada atau selepas tarikh efektif.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Pembayaran sebelum tarikh efektif

Suggest a correction

Seksyen 64

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang yang membuat pembayaran bagi perjalanannya untuk meninggalkan Malaysia sebahagiannya sebelum tarikh efektif dan sebahagiannya pada atau selepas tarikh efektif, levi pelepasan hendaklah dikenakan ke atas dan kena dibayar oleh orang itu bagi pembayaran sebahagian yang dibuat pada atau selepas tarikh efektif.

49

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 813

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A1674

Akta Levi Pelepasan (Pindaan) 2022

01-01-2023

Akta 851

Akta Kewangan (No. 2) 2023

30-12-2023

50

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 813

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 11

Akta 851 30-12-2023 62A

Akta A1674 01-01-2023

62B

Akta A1674 01-01-2023

Suggest a correction

Common questions

What is AKTA LEVI PELEPASAN 2019?
*AKTA LEVI PELEPASAN 2019 is Malaysia Act, cited as Act 813 2019, currently marked in force and first recorded in 2019.
Is AKTA LEVI PELEPASAN 2019 still in force?
Yes — AKTA LEVI PELEPASAN 2019 is currently in force.
When did AKTA LEVI PELEPASAN 2019 take effect?
AKTA LEVI PELEPASAN 2019 was first recorded in 2019.
How many sections does AKTA LEVI PELEPASAN 2019 have?
AKTA LEVI PELEPASAN 2019 contains 66 sections.
What amends AKTA LEVI PELEPASAN 2019?
AKTA LEVI PELEPASAN 2019 has been amended by AKTA LEVI PELEPASAN (PINDAAN) 2022.
Where can I read the official version of AKTA LEVI PELEPASAN 2019?
The official text of AKTA LEVI PELEPASAN 2019 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA LEVI PELEPASAN 2019 (No. 813) | mylaw.my