Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(2)
Jika apa-apa levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya oleh mana-mana orang berdaftar selepas hari terakhir levi pelepasan itu genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1) dan tiada pendakwaan dimulakan, orang berdaftar itu hendaklah membayar—
(a)
bagi tempoh tiga puluh hari pertama yang levi pelepasan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti sebanyak sepuluh peratus daripada amaun levi pelepasan itu yang masih belum dibayar;
(b)
bagi tempoh tiga puluh hari kedua yang levi pelepasan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun levi pelepasan itu yang masih belum dibayar; dan
(c)
bagi tempoh tiga puluh hari ketiga yang levi pelepasan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun levi pelepasan itu yang masih belum dibayar.
(3)
Mana-mana orang berdaftar yang tidak membayar kepada Ketua
Pengarah amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(4)
Sebagai tambahan kepada apa-apa denda yang dikenakan oleh mahkamah di bawah subsekyen (3), mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana orang berdaftar yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (3) untuk membayar penalti yang dinyatakan dalam subseksyen (2).
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 813
Tempoh pemulaan pendakwaan bagi levi pelepasan yang tidak dibayar