Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA LEVI PELEPASAN 2019

Seksyen 22

(a)

mana-mana pengendali atau ejen tidak memohon bagi pendaftaran;

(b)

mana-mana orang berdaftar tidak mengemukakan suatu penyata; atau

(c)

mana-mana orang berdaftar mengemukakan suatu penyata yang didapati oleh Ketua Pengarah tidak lengkap atau tidak betul,

Ketua Pengarah boleh menaksir mengikut pertimbangan terbaiknya amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang kena dibayar di bawah subseksyen 20(2), jika ada, oleh orang itu, dan Ketua Pengarah hendaklah memberitahu orang itu tentang taksiran itu secara bertulis.

(2)

Taksiran di bawah subseksyen (1) tidak boleh dibuat lebih daripada enam tahun dari tarikh levi pelepasan itu genap masa dan kena dibayar.

Levi Pelepasan 21

Taksiran levi pelepasan pada amaun yang lebih tinggi daripada yang sewajarnya

Section 22 — AKTA LEVI PELEPASAN 2019 | mylaw.my