Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(a)
Ketua Pengarah membuat suatu taksiran di bawah perenggan 22(1)(b) atau (c);
(b)
levi pelepasan yang ditaksir itu telah dibayar tetapi tiada penyata telah dikemukakan bagi tempoh yang berhubungan dengan taksiran itu; dan
(c)
orang berdaftar tidak mengemukakan suatu penyata bagi apa-apa tempoh berikutnya,
Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, menaksir suatu amaun levi pelepasan yang lebih tinggi daripada amaun yang selainnya patut dipertimbangkannya sebagai wajar.
(2)
Jika Ketua Pengarah mendapati bahawa amaun yang sepatutnya telah ditaksir dalam suatu taksiran di bawah subseksyen (1) melebihi amaun yang ditaksir sedemikian, Ketua Pengarah boleh di bawah peruntukan yang sama sebagaimana yang taksiran itu dibuat dan dalam tempoh yang dalamnya taksiran itu sepatutnya telah dibuat, membuat suatu taksiran tambahan dan hendaklah memberitahu orang berdaftar itu secara bertulis dengan sewajarnya.
Taksiran untuk menampung kehilangan levi pelepasan yang boleh dikaitkan dengan fraud, dsb.