Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA LEVI PELEPASAN 2019

Seksyen 27

(a)

mana-mana orang yang olehnya apa-apa wang terhutang atau terakru atau boleh menjadi genap masa dan kena dibayar kepada orang berdaftar;

Levi Pelepasan 23

(b)

mana-mana orang yang memegang atau yang boleh kemudiannya memegang wang bagi atau untuk orang berdaftar; atau

(c)

mana-mana orang yang mempunyai kuasa daripada mana-mana orang lain untuk membayar wang kepada orang berdaftar itu, supaya membayar kepada Ketua Pengarah dengan serta-merta, atau dalam apa-apa tempoh yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, wang itu, yang bukan gaji atau upah yang terhutang atau terakru kepada orang berdaftar itu, atau sekian banyak daripada wang itu yang cukup untuk membayar levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar, terakru atau penalti yang kena dibayar oleh orang berdaftar itu.

(2)

Semua bayaran yang dibuat menurut suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat bagi pihak orang berdaftar itu dan dengan kuasa daripada orang berdaftar itu dan daripada semua orang lain yang berkenaan.

Mendapatkan balik levi pelepasan, dsb., yang dibayar balik secara silap