Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
(2)
Tuntutan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada
Ketua Pengarah dalam masa satu tahun dari masa berlakunya pembayaran terlebih itu atau pembayaran yang silap itu atau berlakunya kelayakan pembayaran balik itu.
(3)
Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau tidak membenarkan apa-apa pembayaran balik berkenaan dengan tuntutan di bawah subseksyen (1) setakat yang pembayaran balik itu akan dengan tidak patut memperkaya orang yang disebut dalam subseksyen (1).
(4)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen ini,
Ketua Pengarah tidaklah bertanggungan untuk membayar balik amaun yang dibayar kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1) melalui levi pelepasan menurut fakta bahawa ia bukan levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar kepadanya.
Pembayaran balik apabila Ketua Pengarah berpuas hati dan dengan keterangan sokongan