Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
Mana-mana orang yang—
(a)
dengan apa-apa cara mengamang, menghalang, menggalang, mengancam atau mencabul pegawai kastam dalam menunaikan fungsinya di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau
(b)
tidak memberikan kemudahan atau bantuan yang munasabah kepada mana-mana pegawai kastam dalam menjalankan fungsinya di bawah
Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.
Penyata tidak betul dan yang terkurang dibayar