Malaysia legislation

Section 37

of *AKTA LEVI PELEPASAN 2019

Seksyen 37

Mana-mana orang berdaftar yang membuat suatu penyata yang tidak betul atau memberikan apa-apa maklumat yang tidak betul berhubung dengan apa-apa perkara yang menyentuh tanggungannya untuk mengenakan levi pelepasan atau levi pelepasan yang telah dikenakan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; dan

(b)

jika kesalahan itu berhubung dengan levi pelepasan yang terkurang bayar, dikenakan penalti bersamaan dengan amaun yang terkurang bayar itu.

Levi Pelepasan 29

Pengelakan levi pelepasan, fraud