Malaysia legislation

Section 38

of *AKTA LEVI PELEPASAN 2019

Seksyen 38

(a)

meninggalkan daripada suatu penyata apa-apa maklumat berhubung dengan apa-apa perkara yang menyentuh tanggungannya untuk mengenakan levi pelepasan atau amaun levi pelepasan yang dipungut;

(b)

membuat apa-apa pernyataan palsu atau catatan palsu dalam mana-mana penyata yang dikemukakan, atau tuntutan atau permohonan yang dibuat, di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(c)

memberikan apa-apa jawapan palsu, sama ada secara bertulis atau selainnya, kepada apa-apa soalan yang ditanyakan atau permintaan untuk mendapatkan maklumat yang dibuat mengikut peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(d)

menyediakan atau menyenggarakan, atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan, apa-apa buku akaun palsu atau rekod palsu yang lain, atau memalsukan atau membenarkan pemalsuan apa-apa buku akaun atau rekod;

atau

(e)

membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa fraud, tipu daya atau helah, melakukan suatu kesalahan.

(2)

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan—

(a)

didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

(b)

jika kesalahan itu berhubung dengan levi pelepasan yang terkurang bayar, dikenakan penalti bersamaan dengan amaun yang terkurang bayar itu.

(3)

Jika dalam apa-apa prosiding di bawah seksyen ini dibuktikan bahawa suatu pernyataan palsu atau catatan palsu, sama ada dengan peninggalan atau selainnya, telah dibuat dalam mana-mana penyata yang dikemukakan, atau tuntutan atau permohonan yang dibuat, di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini oleh atau bagi pihak mana-mana orang atau dalam mana-mana buku akaun atau rekod lain yang disenggarakan oleh atau bagi pihak mana-mana orang, orang itu hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya telah membuat pernyataan palsu atau catatan palsu dengan niat untuk mengelak levi pelepasan.

(4)

Apa-apa sebutan dalam seksyen ini tentang seseorang yang membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa fraud, tipu daya atau helah termasuklah sebutan tentang seseorang yang, tanpa kuasa Ketua Pengarah atau pegawai kanan kastam—

(a)

memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau memanipulasi data yang disimpan di dalam, atau yang digunakan berkaitan dengan, suatu komputer;

(b)

memasukkan ke dalam, atau merekodkan atau menyimpan di dalam, suatu komputer, melalui apa-apa cara, data bagi maksud—

(i)

memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau memanipulasi data yang disimpan di dalam, atau yang digunakan berkaitan dengan, suatu komputer; atau

(ii)

mengusik, mengganggu atau menghalang penggunaan secara sah suatu komputer itu, atau data yang disimpan di dalam, atau yang digunakan berkaitan dengan, suatu komputer; atau

(c)

selainnya menggunakan suatu komputer, yang maksud atau kesannya adalah untuk mengelak levi pelepasan.

Levi Pelepasan 31

(5)

Bagi maksud subseksyen (4), “data” termasuklah apa-apa program komputer atau sebahagian daripada program komputer.

(6)

Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini, apa-apa pengelakan levi pelepasan hendaklah disifatkan berada dalam pengetahuan tertuduh melainkan jika dibuktikan sebaliknya oleh tertuduh itu.

Keengganan untuk menjawab soalan atau memberi maklumat palsu