Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ditetapkan”
ertinya ditetapkan oleh
Menteri dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56];
“elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 [Akta 680];
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais, yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967 [Akta 235];
“komputer” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Keterangan 1950;
“levi pelepasan” ertinya suatu levi yang kena dibayar di bawah Akta ini;
Levi Pelepasan 9
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“orang” termasuklah seorang individu, suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan dan tiap-tiap orang juridikal lain;
“orang berdaftar” ertinya mana-mana pengendali atau ejen pengendali asing berdaftar di bawah seksyen 15;
“pegawai kastam” ertinya mana-mana pegawai kastam yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967 dan termasuklah mana-mana orang yang dilantik dan diambil kerja di bawah subseksyen 4(4);
“pegawai kanan kastam” ertinya mana-mana pegawai kastam yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“pengendali” ertinya mana-mana orang yang mengendalikan apa-apa kenderaan untuk membawa mana-mana orang meninggalkan
Malaysia dan “pengendali asing” ertinya mana-mana orang, yang mengendalikan apa-apa kenderaan untuk membawa mana-mana orang meninggalkan Malaysia, tetapi tidak mempunyai perniagaan atau tempat perniagaan di Malaysia;
“tarikh efektif” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(3).