Malaysia legislation

Section 43

of *AKTA LEVI PELEPASAN 2019

Seksyen 43

Jika mana-mana orang boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan—

(a)

oleh pekerja orang itu dalam penjalanan pekerjaannya;

(b)

oleh ejen orang itu semasa bertindak bagi pihak orang itu;

atau

(c)

oleh pekerja ejen orang itu semasa bertindak dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen orang itu atau selainnya bagi pihak ejen orang itu yang bertindak bagi pihak orang itu, orang itu boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran oleh pekerja atau ejen orang itu, atau pekerja ejen orang itu.

Levi pelepasan, dsb., hendaklah kena dibayar walau apa pun apa-apa prosiding, dsb.