Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA LEVI PELEPASAN 2019

Seksyen 4

(2)

Tertakluk pada arahan dan penyeliaan am Ketua Pengarah, seorang pegawai kanan kastam hendaklah mempunyai dan

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh atau di bawah Akta ini.

(3)

Mana-mana pegawai kastam hendaklah mempunyai kewajipan dan kuasa untuk menguatkuasakan dan memastikan pematuhan yang sewajarnya peruntukan Akta ini.

(4)

Mana-mana orang, selain pegawai kastam boleh dilantik oleh, atau diambil kerja dengan persetujuan, Ketua Pengarah bagi apa-apa kewajipan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan levi pelepasan dan orang itu hendaklah disifatkan sebagai pegawai kastam bagi kewajipan atau perkhidmatan itu.

(5)

Ketua Pengarah boleh, melalui pemberikuasaan secara bertulis, memberi mana-mana orang yang dilantik atau diambil kerja di bawah subseksyen (4), semua atau apa-apa kuasa pegawai kanan kastam oleh atau di bawah Akta ini, bagi suatu tempoh yang tidak melebihi sembilan puluh hari berkenaan dengan mana-mana satu pemberian kuasa.

Orang yang dilantik atau diambil kerja hendaklah menjadi pekhidmat awam