Malaysia legislation

Section 51

of *AKTA LEVI PELEPASAN 2019

Seksyen 51

Pengkompaunan kesalahan

(a)

apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun;

(b)

kriteria bagi mengkompaun kesalahan itu; dan

(c)

kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu.

(2)

Mana-mana pegawai kanan kastam boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum suatu pertuduhan dimulakan, mengkompaun apa-apa kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang boleh dikenakan kepada orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.

(3)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu atau tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan kesalahan terhadap

Levi Pelepasan 39

orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang telah disita yang berkait dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Ketua Pengarah, tertakluk pada apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.

(5)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan.

Perintah mahkamah

Section 51 — AKTA LEVI PELEPASAN 2019 | mylaw.my