Malaysia legislation
Section 54
Seksyen 54
(2)
Jika apa-apa buku, dokumen atau kertas yang dikemukakan dalam keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada dirinya diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua petikan itu disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu bagi melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.
(3)
Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah itu, selepas pemeriksaan penuh tentang kes itu, mempercayai bahawa pemberi maklumat itu membuat dengan sengaja dalam aduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya sebagai palsu atau tidak dipercayainya sebagai benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dijalankan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa pemberi maklumat itu diketahui, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan asal, jika secara bertulis, dan membenarkan pemeriksaan, dan menghendaki penzahiran penuh berkenaan dengan pemberi maklumat itu.
Levi Pelepasan 41