Malaysia legislation
Section 55
Seksyen 55
(a)
secara ke diri kepada orang itu;
(b)
dengan menghantarnya kepada orang itu melalui pos berdaftar; atau
(c)
melalui perkhidmatan elektronik.
(2)
Notis, arahan atau dokumen lain yang dihantar melalui pos berdaftar kepada seseorang hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu pada masa ia sepatutnya telah dihantar serah kepada orang itu dalam perjalanan biasa pos itu jika notis, arahan atau dokumen lain itu telah dialamatkan—
(a)
dalam hal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain—
(i)
ke pejabat berdaftarnya;
(ii)
ke alamat terakhirnya yang diketahui; atau
(iii)
kepada mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk menerima proses penyampaian; dan
(b)
dalam hal seorang individu, ke alamat terakhirnya yang diketahui.
(3)
Jika seseorang telah memberikan persetujuannya untuk suatu notis disampaikan kepadanya melalui perkhidmatan elektronik, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan pada masa notis elektronik itu dihantar ke akaunnya melalui perkhidmatan elektronik.
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 813
Penggunaan perkhidmatan elektronik