Malaysia legislation

Section 56

of *AKTA LEVI PELEPASAN 2019

Seksyen 56

(a)

pemfailan atau pengemukaan apa-apa permohonan, penyata atau apa-apa dokumen lain; dan

(b)

penyampaian apa-apa notis, arahan, perintah, permit atau apa-apa dokumen lain.

(2)

Jika suatu notis elektronik dibuat dan dihantar kepada Ketua

Pengarah, Ketua Pengarah tidak bertanggungan terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh pengguna berdaftar itu atas sebab apa-apa kesilapan atau peninggalan tidak kira dengan apa jua sifat atau tidak kira bagaimana jua sekalipun berbangkit yang terdapat dalam apa-apa notis elektronik yang diperoleh oleh pengguna berdaftar di bawah perkhidmatan elektronik jika kesilapan atau peninggalan itu dibuat dengan suci hati dan dalam penjalanan biasa penunaian kewajipan Ketua Pengarah atau berlaku atau timbul akibat daripada apa-apa kecacatan atau kegagalan dalam perkhidmatan eletronik itu atau dalam kelengkapan yang digunakan bagi penyediaan perkhidmatan elektronik itu.

(3)

Apa-apa notis elektronik yang dibuat dan dihantar oleh pengguna berdaftar hendaklah disifatkan sebagai telah difailkan, dikemukakan atau disampaikan pada masa notis elektronik itu diterima oleh Ketua Pengarah.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “pengguna berdaftar” ertinya mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua

Pengarah untuk mengakses dan menggunakan perkhidmatan eletronik.

Pengesahan notis, dsb.