Malaysia legislation
Section 60
Seksyen 60
(a)
memberikan notis mengenai penggulungan syarikat itu kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas ketetapan itu berkuat kuasa atau perintah itu dibuat;
(b)
sebelum melupuskan apa-apa aset syarikat itu, mengetepikan apa-apa jumlah wang daripada aset itu sebagaimana yang didapati oleh Ketua Pengarah sebagai mencukupi untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa levi pelepasan yang atau yang akan selepas itu menjadi genap masa dan kena dibayar berkenaan dengan syarikat itu; dan
(c)
membayar levi pelepasan yang disebut dalam perenggan (b).
(2)
Pelikuidasi mana-mana syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) yang tidak memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang ditetapkan dalam perenggan (1)(a) atau tidak mengadakan peruntukan bagi pembayaran levi pelepasan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan
(1)
(c)
hendaklah bertanggungan sendiri bagi apa-apa levi pelepasan yang atau yang akan menjadi genap masa dan kena dibayar sebagaimana yang disebut terdahulu.
Levi Pelepasan 45
(3)
Mana-mana pelikuidasi yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(4)
Jika dua atau lebih orang dilantik sebagai pelikuidasi atau dikehendaki oleh undang-undang untuk menjalankan penggulungan syarikat yang disebut dalam subseksyen (1), obligasi dan tanggungan yang dikenakan kepada pelikuidasi di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan kepada semua orang itu secara bersesama dan berasingan, tertakluk pada suatu hak sumbangan antara mereka sebagaimana dalam hal kontrak.
Pelantikan penerima hendaklah diberitahu kepada Ketua Pengarah