Malaysia legislation

Section 62

of *AKTA LEVI PELEPASAN 2019

Seksyen 62

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh menetapkan—

(a)

semua perkara yang berhubungan dengan pendaftaran orang berdaftar;

(b)

semua perkara yang berhubungan dengan pengemukaan penyata;

(c)

semua perkara yang berhubungan dengan pembayaran levi pelepasan;

(d)

semua perkara yang berhubungan dengan pembayaran balik dan peremitan levi pelepasan atau penalti;

(e)

semua perkara yang berhubungan dengan perkhidmatan elektronik;

(f)

semua perkara yang berhubungan dengan pejabat bagi pentadbiran levi pelepasan itu;

(g)

semua borang yang ditetapkan bagi maksud Akta ini; atau

(h)

apa-apa perkara lain yang dikehendaki di bawah Akta ini untuk ditetapkan.

(3)

Apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan suatu tindakan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan

Levi Pelepasan 47

hukuman denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.

Kuasa untuk melanjutkan tempoh