Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Levi Pelepasan 11
(2)
Tertakluk pada subseksyen 8(1), tiap-tiap orang yang mempunyai milikan atau kawalan ke atas apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan atau salinan dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan itu, berhubung dengan perniagaan atau nilai levi pelepasan oleh mana-mana orang, yang pada
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 813
bila-bila masa, selain bagi maksud Akta ini atau dengan kuasa nyata
Ketua Pengarah—
(a)
menyampaikan atau cuba untuk menyampaikan maklumat itu atau apa-apa jua yang terkandung dalam dokumen, penyata atau perisytiharan itu atau salinan dokumen, penyata atau perisytiharan itu kepada mana-mana orang;
atau
(b)
membiarkan atau membenarkan mana-mana orang untuk mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau kepada apa-apa jua yang terkandung dalam dokumen, penyata atau perisytiharan itu atau salinan dokumen, penyata atau perisytiharan itu, melakukan suatu kesalahan.
(3)
Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi atau yang dilantik atau yang diambil kerja di bawah Akta ini atau yang disebut dalam subseksyen 8(1)
boleh dikehendaki untuk mengemukakan dalam apa-apa perkara atau prosiding dalam mana-mana mahkamah atau tribunal apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan atau untuk mendedahkan atau menyampaikan dalam perkara atau prosiding itu apa-apa perkara atau benda, yang dibawa kepada pengetahuannya dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini, kecuali sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini atau bagi memulakan suatu pendakwaan atau dalam penjalanan suatu pendakwaan bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini.
Ketua Pengarah boleh menghantar, dsb., dokumen, dsb.