Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA MAHKAMAH-MAHKAMAH ANAK NEGERI (BIDANG KUASA JENAYAH) 1991

Seksyen 2

Pemberian bidang kuasa jenayah

Sarawak di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis adalah dengan ini diberi bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan yang, di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis, boleh dihukum dengan pemenjaraan selama suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau dengan denda yang tidak melebihi *lima ribu ringgit atau dengan apa-apa kombinasinya, atau untuk selainnya memperlakukan pesalah mengikut apa-apa cara yang di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang sedemikian, mereka boleh dari semasa ke semasa diberi kuasa untuk memperlakukannya:

Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidak boleh dijalankan berkenaan dengan kesalahan tersebut yang adalah juga suatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.