Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2012Read it in English
Contents

Act of Parliament

Native Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1991

Feedback & supportGives native courts in Sabah and Sarawak power over offences

Long title

Suatu Akta untuk memberi mahkamah anak negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan.

In force · Updated to 1 Mar 2012

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Mahkamah-Mahkamah Anak

Negeri (Bidang Kuasa Jenayah) 1991.

6 Undang-Undang Malaysia

s 2Pemberian bidang kuasa jenayah

Mahkamah anak negeri yang ditubuhkan di Negeri Sabah dan

Sarawak di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis adalah dengan ini diberi bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan yang, di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis, boleh dihukum dengan pemenjaraan selama suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau dengan denda yang tidak melebihi *lima ribu ringgit atau dengan apa-apa kombinasinya, atau untuk selainnya memperlakukan pesalah mengikut apa-apa cara yang di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang sedemikian, mereka boleh dari semasa ke semasa diberi kuasa untuk memperlakukannya:

Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidak boleh dijalankan berkenaan dengan kesalahan tersebut yang adalah juga suatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

s 3Pengesahan

Semua kesalahan yang sebelum mula berkuatkuasanya Aka ini telah dibicarakan oleh mana-mana mahkamah anak negeri yang disebut terdahulu hendaklah, kecuali jika ia telah diisytiharkan secara kehakiman selainnya, disifatkan telah dibicarakan dengan sah seolah-olah bidang kuasa berkenaan dengannya telah diberikan kepada mahkamah itu oleh undang-undang persekutuan.

*CATATAN─Dahulunya “dua ratus ringgit”–lihat Akta Mahkamah-Mahkamah Anak Negeri (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1992 [Akta

A835].

7

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk Ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A835

Akta Mahkamah-Mahkamah Anak

Negeri (Bidang Kuasa Jenayah)

(Pindaan) 1992

_____________

04-09-1992

8

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa Meminda

Berkuat kuasa dari

2

Akta A835

___________

04-09-1992