Malaysia legislation

Section 14

of *AKTA MAJLIS PARLIMEN (KEISTIMEWAAN DAN KUASA) 1952

Seksyen 14

Kewajipan membantu memberkas orang yang diperintahkan oleh Yang Dipertua supaya ditangkap

Tiap-tiap pegawai polis dan tiap-tiap orang adalah dengan ini dikehendaki membantu memberkas dan menahan mana-mana orang menurut apa-apa perintah lisan Yang Dipertua seperti yang disebut terdahulu, dan menolong dan membantu melaksanakan apa-apa waran seperti yang disebut terdahulu, dan jika mana-mana waran itu mengarahkan supaya orang yang tersebut di dalamnya dipenjarakan di mana-mana penjara atau tempat lain, penjaga penjara atau tempat itu adalah dengan ini dikehendaki menerima orang itu di bawah jagaannya dalam penjara atau tempat lain itu dan di situ memenjarakannya mengikut perjalanan waran itu.

Section 14 — AKTA MAJLIS PARLIMEN (KEISTIMEWAAN DAN KUASA) 1952