Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Kuasa memasuki dan menggeledah premis
Adalah sah bagi mana-mana orang yang ditugaskan, atau yang membantu, melaksanakan mana-mana waran di bawah tandatangan
Yang Dipertua untuk memecah buka pada siang hari mana-mana pintu atau menggeledah mana-mana premis di mana orang yang waran telah dikeluarkan untuk memberkasnya mungkin bersembunyi atau mungkin dengan munasabahnya disyaki bersembunyi.