Malaysia legislation

Section 17

of *AKTA MAJLIS PARLIMEN (KEISTIMEWAAN DAN KUASA) 1952

Seksyen 17

Kehadiran hendaklah diberitahu melalui saman

Apa-apa perintah untuk hadir atau untuk mengemukakan dokumen di hadapan Majiis atau di hadapan mana-mana

Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 13

jawatankuasa, hendaklah diberitahu kepada orang yang dikehendaki hadir atau kemukakan dokumen itu, melalui saman, di bawah tandatangan Setiausaha yang dikeluarkan dengan arahan Yang

Dipertua; dan dalam tiap-tiap saman itu hendaklah dinyatakan masa dan tempat orang yang disaman itu dikehendaki hadir dan dokumen tertentu yang dia dikehendaki kemukakan, dan saman itu hendaklah disampaikan kepada orang yang disebutkan di dalamnya, sama ada dengan menghantarserahkan kepadanya satu salinan saman itu atau dengan meninggalkan satu salinan saman itu, di tempat tinggalnya yang biasa atau yang terakhir diketahui dalam Malaysia, dengan mana-mana orang dewasa, dan hendaklah dibayar atau ditawarkan kepada orang yang disaman itu, jika dia tidak tinggal dalam lingkungan enam batu dari Majlis, sejumlah wang untuk perbelanjaannya sebagaimana yang ditetapkan oleh mana-mana peraturan mesyuarat bagi maksud itu.

Section 17 — AKTA MAJLIS PARLIMEN (KEISTIMEWAAN DAN KUASA) 1952