Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Pemeriksaan saksi atas sumpah
Majlis atau mana-mana jawatankuasa boleh menghendaki supaya apa-apa fakta, perkara, dan benda yang berhubungan dengan subjek siasatan di hadapan
Majlis atau jawatankuasa itu ditentusahkan atau dipastikan selainnya dengan pemeriksaan lisan saksi, dan boleh menyebabkan mana-mana saksi itu diperiksa atas sumpah yang bolehlah dikendalikan oleh Yang Dipertua, atau
Pengerusi jawatankuasa, atau orang yang dilantik khas bagi maksud itu.