Malaysia legislation

Section 19

of *AKTA MAJLIS PARLIMEN (KEISTIMEWAAN DAN KUASA) 1952

Seksyen 19

Pengecualian daripada menjawab soalan atau mengemukakan dokumen

Jika mana-mana orang yang diperintahkan supaya hadir atau mengemukakan apa-apa kertas, buku, rekod, atau dokumen di hadapan Majlis atau mana-mana jawatankuasa enggan menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya atau enggan mengemukakan apa-apa kertas, buku, rekod, atau dokumen dengan alasan bahawa kertas, buku, rekod, atau dokumen itu adalah bersifat persendirian dan tidak menjejaskan subjek siasatan itu, maka Yang

Dipertua, atau Pengerusi jawatankuasa itu, mengikut mana yang

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 347

berkenaan, boleh melaporkan keengganan itu dengan alasan baginya, dan Majlis boleh sesudah itu mengecualikan daripada dijawab soalan itu atau daripada dikemukakan kertas, buku, rekod, atau dokumen itu atau boleh memerintahkan supaya ia dijawab atau dikemukakan.

Section 19 — AKTA MAJLIS PARLIMEN (KEISTIMEWAAN DAN KUASA) 1952