Malaysia legislation

Section 26

of *AKTA MAJLIS PARLIMEN (KEISTIMEWAAN DAN KUASA) 1952

Seksyen 26

Mana-mana orang yang menjadi defendan dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah yang dimulakan kerana atau disebabkan atau berkenaan dengan penyiaran oleh orang itu atau oleh pekhidmatnya dengan perintah atau di bawah kuasa Majlis atau mana-mana jawatankuasa mengenai apa-apa laporan, kertas, minit, vot, atau prosiding boleh, setelah memberi kepada plaintif atau pendakwa, mengikut mana yang berkenaan, notis bertulis dua puluh empat jam tentang niatnya, membawa ke hadapan mahkamah di mana prosiding sivil atau jenayah itu diadakan, suatu perakuan di bawah tandatangan

Yang

Dipertua, atau

Setiausaha, yang menyatakan bahawa laporan, kertas, minit, vot, atau prosiding yang berkenaan dengannya prosiding sivil atau jenayah itu telah dimulakan, disiarkan oleh orang itu atau oleh pekhidmatnya dengan perintah atau di bawah kuasa Majlis atau mana-mana jawatankuasa, berserta dengan suatu afidavit yang menentusahkan perakuan itu, dan mahkamah itu hendaklah dengan serta-merta sesudah itu menangguhkan prosiding sivil atau jenayah itu dan prosiding itu dan tiap-tiap proses yang dikeluarkan dalam prosiding itu hendaklah disifatkan telah diputuskan dengan muktamadnya.

Section 26 — AKTA MAJLIS PARLIMEN (KEISTIMEWAAN DAN KUASA) 1952