Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
Penyiaran istimewa
Dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah yang dimulakan kerana menyiarkan apa-apa cabutan daripada atau ringkasan bagi apa-apa laporan, kertas, minit, vot, atau prosiding sebagaimana yang tersebut dalam seksyen yang terdahulu, jika mahkamah atau juri, mengikut mana yang berkenaan, berpuas hati bahawa cabutan atau ringkasan itu telah disiarkan secara bona fide dan tanpa niat jahat, maka penghakiman atau keputusan, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah dicatatkan untuk defendan atau yang tertuduh.
Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 17