Malaysia legislation

Section 34

of *AKTA MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA 2011

Seksyen 34

Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan mana-mana buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain yang disita dalam menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 732

Section 34 — AKTA MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA 2011