Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
Halangan terhadap penjalanan kuasa pegawai penguat kuasa
(a)
enggan untuk memberi mana-mana pegawai penguat kuasa akses kepada mana-mana premis yang pegawai penguat kuasa itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
(b)
mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana pegawai penguat kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai penguat kuasa itu berhak membuatnya di bawah Akta ini, atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau
(c)
enggan untuk memberi mana-mana pegawai penguat kuasa apa-apa maklumat yang berhubungan dengan suatu kesalahan atau suatu kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang boleh semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk memberikannya, melakukan suatu kesalahan.
Kuasa untuk menghendaki pengemukaan buku akaun gaji, dsb.