Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA 2011

Seksyen 4

Fungsi dan kuasa Majlis

(a)

menasihati Kerajaan tentang semua perkara yang berhubungan dengan gaji minimum termasuk perkembangannya di peringkat antarabangsa;

(b)

membuat syor kepada Kerajaan tentang kadar dan liputan gaji minimum mengikut sektor, jenis pekerjaan dan kawasan wilayah, dan perkara-perkara lain yang berhubungan dengan gaji minimum dan gaji;

(c)

membuat rundingan dengan orang awam tentang kadar dan liputan gaji minimum;

(d)

mengumpul dan menganalisis data dan maklumat dan menjalankan kajian tentang gaji dan petunjuk sosioekonomi;

(e)

menyelaraskan dan menyelia, dan menilai impak, pelaksanaan gaji minimum;

(f)

mengkaji semula perintah gaji minimum;

(g)

menimbang teliti tentang semua perkara yang berhubungan dengan gaji minimum;

(h)

menyebarkan maklumat dan analisis tentang gaji; dan

(i)

menjalankan apa-apa fungsi lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

(2)

Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Majlis Perundingan Gaji Negara 11

Keanggotaan Majlis

Section 4 — AKTA MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA 2011