Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA 2011

Seksyen 5

Fungsi Majlis ialah—

(a)

seorang Pengerusi;

(b)

seorang Timbalan Pengerusi;

(c)

seorang Setiausaha;

(d)

sekurang-kurangnya 5 anggota daripada kalangan pegawai awam;

(e)

sekurang-kurangnya 5 anggota yang mewakili pekerja;

(f)

sekurang-kurangnya 5 anggota yang mewakili majikan;

dan

(g)

sekurang-kurangnya 5 anggota lain.

(2)

Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota Majlis yang disebut dalam perenggan (1)(g) hendaklah dilantik daripada kalangan orang—

(a)

yang bukan pegawai awam, majikan atau anggota mana-mana kesatuan sekerja; dan

(b)

yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dalam perkara yang berhubungan dengan buruh dan perhubungan perusahaan.

(3)

Setiausaha yang dilantik di bawah perenggan (1)(c) hendaklah seorang pegawai awam.

(4)

Anggota Majlis yang disebut dalam perenggan 1(c) dan (d)

hendaklah dilantik menurut jawatan.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 732

(5)

Bilangan anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan

(1)

(e)

hendaklah sama dengan bilangan anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan (1)(f) pada satu-satu masa.

(6)

Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang tidak melebihi dua puluh sembilan orang pada satu-satu masa.

Penjalanan sementara fungsi Pengerusi

Section 5 — AKTA MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA 2011