Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(a)
premis makmal patologi itu bagi memastikan bahawa makmal patologi itu mematuhi pelan tapak, pelan susun atur bangunan, reka bentuk, bahan binaan dan apa-apa kehendak lain yang ditetapkan;
(b)
apa-apa kelengkapan, bahan atau apa-apa benda lain yang dijumpai dalam makmal patologi itu untuk memastikan bahawa makmal patologi itu mematuhi kehendak atau piawaian sebagaimana yang ditetapkan; dan
(c)
apa-apa rekod, dasar, tatacara pengendalian piawaian, garis panduan amalan klinikal, dokumen mengenai kualiti sistem pengurusan, keperluan tenaga manusia, struktur organisasi atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengannya.
(2)
Jika pegawai yang diberi kuasa itu mendapati bahawa makmal patologi itu tidak mematuhi apa-apa perkara yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), pegawai yang diberi kuasa itu hendaklah memberikan notis bertulis kepada pemohon tentang ketidakpatuhan itu dan apa-apa pembetulan yang hendaklah dibuat dalam masa yang ditetapkan dan memeriksa semula makmal patologi itu selepas tamat tempoh itu.
(3)
Pegawai yang diberi kuasa hendaklah mengemukakan laporan pemeriksaan kepada Ketua Pengarah secepat yang dapat dilaksanakan.
Alasan bagi penolakan untuk memberikan lesen