Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Ketua Pengarah boleh menolak untuk memberikan lesen melainkan jika—
(a)
dia berpuas hati bahawa—
(i)
jika pemohon itu ialah orang sebenar, tentang sifat dan kesesuaian pemohon itu;
Makmal Patologi 19
(ii)
jika pemohon itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, tentang sifat dan kesesuaian mana-mana anggota lembaga pengarahnya; atau
(iii)
jika pemohon itu ialah suatu perkongsian, tentang sifat dan kesesuaian mana-mana pekongsi, dan premis itu mematuhi kehendak di bawah subseksyen 14(1);
dan
(b)
pada pendapatnya—
(i)
premis yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat adalah selamat, bersih, sanitari dan dilengkapi dengan secukupnya;
(ii)
kakitangan adalah mencukupi atau cekap bagi maksud makmal patologi itu; dan
(iii)
perkiraan yang dicadangkan bagi pengurusan makmal patologi itu adalah cukup atau sesuai.
Pemberian atau penolakan untuk memberikan lesen