Malaysia legislation

Section 30

of AKTA MAKMAL PATOLOGI 2007

Seksyen 30

(a)

pemegang kelulusan atau pemegang lesen telah—

(i)

memperoleh kelulusan atau lesen melalui apa-apa pernyataan palsu atau mengelirukan;

(ii)

melanggar apa-apa terma atau syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah ke atas kelulusan atau lesen;

(iii)

gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan

Akta ini;

(iv)

disabitkan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain;

(v)

gagal untuk mematuhi apa-apa arahan, perintah atau garis panduan yang diberikan kepadanya oleh Menteri atau Ketua Pengarah;

(vi)

menggunakan premis yang dengannya kelulusan atau lesen itu berkaitan berlawanan dengan maksud kelulusan atau lesen itu diberikan;

(vii)

mengendalikan atau meyediakan makmal patologi berlesen itu mengikut cara yang menjejaskan kepentingan orang awam sebagaimana yang diputuskan oleh Ketua Pengarah;

(viii)

menubuhkan atau menyenggara dasar atau mengeluarkan arahan yang mengakibatkan profesional jagaan kesihatan yang diambil kerja atau diguna khidmat oleh makmal patologi melanggar tatalaku profesional yang dikeluarkan oleh badan yang berkaitan yang mengawal profesional jagaan kesihatan itu;

Makmal Patologi 29

(ix)

berhenti untuk mengendalikan atau menyediakan makmal patologi berlesen selama lebih daripada tiga puluh hari tanpa memberikan notis dan memperoleh kelulusan terlebih dahulu daripada

Ketua Pengarah; atau

(x)

gagal untuk mengekalkan piawaian dan kualiti yang dikehendaki bagi pengendalian makmal patologi berlesen itu; atau

(b)

jika pemegang kelulusan atau pemegang lesen—

(i)

merupakan tuan punya tunggal, yang namanya telah dipotong atau digantung daripada Daftar

Perubatan Malaysia menurut subperenggan 30(i)

atau (ii) Akta Perubatan 1971; atau

(ii)

merupakan suatu pertubuhan perbadanan atau perkongsian, yang tidak menyingkir anggota lembaga pengarah atau pekongsinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang merupakan pengamal perubatan berdaftar, yang namanya telah dipotong atau digantung daripada Daftar

Perubatan Malaysia menurut subperenggan 30(i)

atau (ii) Akta Perubatan 1971.

Notis tunjuk sebab

Section 30 — AKTA MAKMAL PATOLOGI 2007 | mylaw.my