Malaysia legislation
Section 44
Seksyen 44
(2)
Pemegang lesen hendaklah memberikan apa-apa maklumat berkenaan dengan program dan kegiatan itu kepada Ketua Pengarah sebagaimana dan apabila dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
(3)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
dalam hal tuan punya tunggal—
(i)
didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya; dan
(ii)
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau
(b)
dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian—
(i)
didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit;
dan
(ii)
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
(4)
Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
dalam hal tuan punya tunggal—
(i)
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya; dan
(ii)
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau
Makmal Patologi 41
(b)
dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian—
(i)
didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit; dan
(ii)
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kuasa Ketua Pengarah untuk memberikan arahan