Malaysia legislation
Section 54
Seksyen 54
Akta 674
(a)
mana-mana makmal patologi atau premis telah atau akan digunakan bagi; atau
(b)
terdapat dalam mana-mana makmal patologi atau premis keterangan yang perlu untuk membuktikan,
Makmal Patologi 47
pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan waran memberi kuasa kepada mana-mana pegawai yang diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu untuk memasuki makmal patologi atau premis itu pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada waktu siang atau malam dengan atau tanpa bantuan dan jika perlu dengan kekerasan dan di situ—
(i)
menggeledah makmal patologi dan menyita apa-apa buku, rekod, perkakas, kelengkapan, alat, material, barang, sampel, darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan atau apa-apa benda lain yang semunasabahnya dipercayai untuk memberikan keterangan tentang pelakuan kesalahan itu;
(ii)
mengambil sampel apa-apa sampel, darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan atau apa-apa benda lain yang dijumpai dalam makmal patologi atau premis itu bagi maksud memastikan, melalui ujian atau sebaliknya, sama ada suatu kesalahan telah dilakukan; dan
(iii)
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, material atau apa-apa barang lain yang dijumpai dalam makmal patologi atau premis itu.
(2)
Seseorang pegawai yang diberi kuasa boleh dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini jika perlu untuk berbuat demikian—
(a)
memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam, atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke makmal patologi atau premis itu, untuk masuk ke dalamnya;
(b)
mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan untuk memasuki, menggeledah, menyita atau memindahkan sebagaimana dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; dan
Undang-Undang Malaysia 48
Akta 674
(c)
menahan tiap-tiap orang yang dijumpai dalam makmal patologi atau premis itu sehingga makmal patologi atau premis itu selesai digeledah.
(3)
Jika makmal patologi atau premis itu adalah jenis yang bergerak, pegawai yang diberi kuasa itu boleh menyita makmal patologi atau premis itu.
Menggeledah dan menyita tanpa waran