Malaysia legislation
Section 58
Seksyen 58
(1)
Jika apa-apa benda telah disita di bawah Akta ini, Ketua
Pengarah boleh pada bila-bila masa selepas itu, tetapi sebelum benda itu dilucuthakkan di bawah Akta ini, melepaskan benda yang disita itu yang tidak sebaliknya dikehendaki bagi maksud mana-mana prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang lain, kepada orang sebagaimana yang ditentukan olehnya sebagai berhak secara sah kepada benda itu, dan dalam hal ini, Ketua Pengarah atau Kerajaan tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan benda itu telah dibuat dengan suci hati.